Friday 3 August 2012

SAYA SAYANG AWAK

SAYA SAYANG AWAK......
saya sayang awak.......
SaYa SaYaNg AwAk.......
SAYA sayang AWAK..........
saya SAYANG awak......

Tengok lah betapa saya teramat menyanyangi awak. Saya harap sangat yang awak tahu dan sedar betapa saya sangat menyanyangi awak dengan sepenuh hati saya. Saya tahu kadang kadang awak lupa yang saya sayang awak, tapi saya tak pernah lupa dan saya tak mungkin akan lupa kan tentang perasaan sayang saya untuk awak. Awak tak kan tahu betapa saya sayangkan awak hingga lah bila awak kehilangan saya nanti. Mungkin masa tu awak akan sedar dan nampak dengan mata hati awak sendiri betapa selama ini saya teramat sayang kan awak dengan sepenuh hati..

Hati awak tak siapa yang tahu. Mungkin kadang kadang awak sendiri pun tak pasti dengan hati awak, tentang perasaan hati awak untuk saya. Bila awak kesunyian dan bila awak rasa kehilangan baru awak akan sedar sendiri yang selama ini awak mensia sia kan perasaan saya terhadap awak.
Saya tak mungkin tinggalkan awak, sebab awak sebahagian dari hidup saya. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup saya, adalah berkaitan dengan hidup awak. Itu lah apa yang selama ini saya rasakan. Tapi, bagi awak pula semua itu sebaliknya. Saya masih bukan lagi sebahagian dari hidup awak, saya hanya lah sandaran untuk seketika sahaja bukan untuk sepanjang masa. Sayang awak untuk saya mungkin tak kan sama dengan sayang saya untuk awak. Sebab awak tak mungkin boleh mencintai saya seperti saya mencintai awak.

Hati seseorang tak siapa boleh paksa, hati seseorang jugak tak siapa pun boleh duga. Kekadang hati kita sendiri pun kita kurang pasti tentang perasaannya. Namun percaya lah, jika hati fikiran serta perasaan sentiasa bersatu, pasti tak kan timbul keraguan dalam soal cinta. 
Saya cinta kan awak,dan saya akan sentiasa begitu. Awak mungkin lemas atau bosan dengan kata kata cinta saya, tapi percaya lah suatu hari nanti andai awak kehilangan cinta saya, awak pasti akan sedar akan kesilapan awak kerana mensia sia kan cinta saya.

Saya tahu awak tak mungkin mampu sentiasa mencintai saya serta menyanyangi saya, sebab itulah saya sering luah kan kata kata cinta untuk awak, agar awak tak mudah lupa dengan cinta saya untuk awak. Tiap saat ingin saya ungkapkan pada awak 'saya sayang awak' agar awak sentiasa diselubungi dengan rasa cinta dari saya......

Itu luahan rasa cinta dan sayang saya untuk awak. Tapi saya sama macam manusia lain jugak, sebab perasaan manusia adalah sama. Kita semua miliki rasa cinta, sayang, marah, benci dan bermacam macam lagi. Bila hati saya dilukai, saya benci awak. Saya tak mahu ungkapkan kata kata cinta untuk awak. Saya hanya akan mendoakan yang terburuk untuk awak. Saya tak mahu melihat atau menyebut nama awak, walaupun hanya dalam mimpi. Saya akan jadi teramat benci pada awak. Sesaat pun saya tah mahu hati atau perasaan saya memikirkan tentang awak. Dan saya mahu hapuskan serta merta semua kenangan dan kata kata manis awak untuk saya. Saya benci awak. Saya mahu tinggalkan awak dan padam awak dari ingatan saya, hapuskan semua yang berkaitan dan semua perkara yang melibatkan awak.

Lihat lah sendiri betapa saya boleh menyanyangi awak dengan sepenuh hati dan betapa saya juga boleh membenci awak dengan sepenuh hati........................................................



p/s: membebel tak tentu arah hala lepas baca beberapa artikel cinta kat facebook. ilham cinta yang tah apa apa, layan baca je lah ye...ok bye.



KUIH LOMPAT TIKAM

Assalammualaikum......

Since, now we are in the month of Ramadhan al mubarak...so i jst want to talk about all kind of food that rarely be found before fasting season.
I guess not much people know or ever heard about this kuih, a traditional kuih mostly found at Kelantan. Also can be found at other side of Kelantan but, its very difficult to find lah.

The kuih was so called as Kuih Lompat Tikam @ jump and stabbing... Where and why its got that pretty much strange name, just do not ask it to me. I also do not know how people can named it like that..huhu. The kuih is made up from flour, santan @ coconut paste,  and pulut @ glutinous rice and also got gula melaka with it.

This is how it was look like...very colourful..

For me this kuih is not much as my favourite, just eat aje kalau dah ada depan mata. But to buy it, maybe not lah. hehehe... Only during this month i found this kuih, tu pun mak yang beli. Setahu aku, mak pun tak pernah buat sendiri kuih nih sebab leceh dan rumit. Banyak benda nak kena buat, kuih yang warna hijau lah, nak kena masak pulut nya lagi, buat kuah santan dah tu kuah gula melaka lagi, sangat sangat leceh dan memakan masa yang agak panjang. Lebih baik beli je habis cerita...huhu

Just nak cakap yang mesti ramai yang tak pernah dengar tentang kuih nih. Kuih ni memang susah nak cari kalau selain dari negeri kelantan...
Dan kalau korang ada pernah nampak kiuh ni ada jual kat mana mana kedai, ambik lah peluang untuk beli dan rasa lah sendiri. =)







Thursday 2 August 2012

KUIH TRADISIONAL KELANTAN @ BUTIR NANGKA

Assalammualaikum...

Dalam bulan Ramadhan ni @ bulan puasa, macam macam jenis kuih yang pelik pelik mudah untuk didapati dan ada dijual di kebanyakan bazar bazar Ramadhan yang ada di sekitar kawasan aku mahupun korang semua...hehe.

Motif nya aku nak cerita tentang pengalaman aku buat kuih Butir Nangka nih... mesti ramai yang tak kenal dengan kuih nih. Dan kalau dah tak kenal tu, sah sah lah tak pernah tahu apa rasa kuih tersebut. 
Baiklah aku tolong huraikan serba sedikit tentang kuih ni ye... Bahan bahan untuk kuih ni mudah dan ringkas je. Kalau nak tahu, kuih ni guna tepung yang sama untuk buat kuih onde onde atau pun buah melaka. Kuih badak berendam pun sama jugak.

Kuih ni guna tepung pulut, dah tepung nya sama macam buat kuih onde onde nih, maka rasa nya pun adalah hampir hampir sama jugak lah. cuma bezanya kuih butir nangka nih tak ada inti kat tengah macam onde onde, tapi ada kuah santan, kadang kadang ada yang campur dengan gula melaka untuk ganti gula biasa.

 Resepi untuk buat kuih ni korang google lah sendiri, ada macam macam versi pilihan yang korang boleh pilih. Ni rupanya selepas di gentel dan dimasak dalam air yang mendidih. Selalunya orang guna warna hijau, sebab ketiadaan pewarna hijau aku letak pink...cantik gak..huhu

  Cantik kan kuih warna pink terang macam nh...

Ni rupa kuih butir nangka yang dihasilkan oleh aku sendiri..sedap, ringkas dan mudah...


Yang ni pulak rupa bila korang letak gula melaka.

Dan ini adalah rupa normal bagi kuih butir nangka yang sering dimakan oleh ore klate...

okeh lah....itu aje...sekiannnnnnn

CRAVING FOR KAW KAW BURGER AND FINALLY.....

Assalammualaikum......

Baru hari  ni ada perasaan nak menaip. Sebelum sebelum ni selalu je berhajat nak menaip tapi asal buka je page nih terus malas datang tiba tiba. Kemudian bila tangan dah malas menaip tapi otak masih berfungsi, lantas mula la bercakap sendirian soran sorang...hahhaha. apa kejadah aku buat cakap aku sendiri pun tak faham...huhu. okey...sila abaikan

Ni just nak share pasal burger bakar yang agak hot sekarang. Atau mungkin dah lama hot cuma aku je yang baru dapat merasa kenikmatan burger bakar...huhu. Lembab macam siput sedut. Kalau ikutkan dah lama aku berhajat nak merasa burger nih, tapi tak orang yang nak tolong bawak aku p sana, jadi hajat tu terpendam aje lah. Tapi, bila dah sampai tahap tak leh sabar duk dengar adik aku duk tayang dan bercerita tentang kenikmatan burger bakar, aku apa lagi dengan keazaman dan kemahuan yang memuncak, dan dengan berani nya aku pandu kereta menuju ke gerai burger bakar Kaw kaw yang terletak di seksyen 2 Wangsa Maju.. Tu pun dengan ditemani oleh kawan ofis aku dan dengan bantuan PAPAGO @ GPS hahhahhaha......First time kot guna gps nih, pandu kereta pun terkial kial pening kat tengah tengah jalan.

Okeh..masa untuk menjamu mata dengan gambargambar supersyoksendiri sebab bajet ala ala gadis ayu gitu.

.
 Three of us at that night...craving for the burger bakar, after being sesat sesat jalan and almost nak give up dalam usaha mencari gerai burger tersebut kerana masing masing berapa yakin dengan mr.papago aku...huhu

 Meet Ayu and me, Mcdaa... =) malam tu aku bajet bajet ayu gitu, sebab pakai skirt...

 Gambar ni diambil right in front the Muzium Negara...ni semua gara gara ikut direction seperti yang diarahkan oleh mr.papago. Last last sesat sampai ke depan pintu gate masuk muzium...lantas kami dengan jakun nya turun kereta dan pose kat depan gate...korang ingat time siang siang boleh buat macam nih??? jangan harap laaa...huhu. Time nh dah dekat jam 12 malam dah, dah tak ada orang atau kereta yang lalu sini sebab tu la selambe je aku park kat tengah jalan tu..
...
 Tadaaaa...........Ni lah hasil pencarian kami pada malam tersebut.....


 Agak agak terliur tak bila tengok gambar burger bakar yang super marvelos nih??...huhu. Yang nih burger daging dengan cheese. Ianya berharga RM12 sebijik, set sekali dengan air dan 2 batang sosej...

 Picture of me with my White Lola... =)


 Kami tapau je burger tu sebab tak sangup nak melahap kat gerai burger tu sebab orang ramai gila kot duk beratur nak beli burger..Hilang ayu beb nak nganga besar2 mulut nih kat depan orang ramai...Jadi port kami untuk melahap adalah dihadapan Dataran Merdeka...

 No words to describe this gediks picture...hehe

And again....

Akhirnya dapat jgak aku merasa burger bakar. Boleh tahan lah rasa burger nih, bagi meat lover atau lebih spesifiknya burger lover, this kind of burger will definitely satisfied your taste buds.....daging dia memang mantap lah, tebal and juice. Tapi make sure perut korang memang kosng lah untuk menikmati burger nih, sebab saiz daging nya yang agak besar serta padat tu boleh memenuhi setiap pelosok rung kat dalam perut korang yang kosong dan membuatkan korang kekenyagan sampai lebam... 

okeh lah...itu aje yang nak di sampaikan nya....