Assalammualaikum.......
Hari ni, saat ni, masa ni, waktu ni...dan sewaktu dengannya...perasaan dalam hati ni adalah sangat sangat takut berdebar serta macam kecut perut je. Adeiiii....mati la aku. Kisah nya bermula pada suatu hari yang agak suram, aku dengan banggang nya telah melakukan satu kesilapan yang agak besar jugak lah.
Seperti yang sedia maklum, atau yang tak tahu lagi meh aku bagitahu, aku kerja dalam bahagian production. Kerja aku banyak terlibat dengan production. Hari hari buat kerja lebih kurang sama je, dah jadi rutin. Tiap kali sebelum jalan production, kena pasti kan semua hal ok lah. Kalau boleh nanti bila production dah jalan, tak wujud la sebarang kesulitan. Kalau tak ada kesulitan, kemungkinan untuk balik kerja awal adalah sangat sangat tinggi, sebab tu bila perasaan nak balik umah awal awal, aku dengan rajin gila akan pastikan semua hal ok. Tapi, kalau tak memang aku buat bodoh je lah...hahhahaha
Bila production dah mula, aku kena pastikan tarikh luput untuk product sama dengan yang telah ditetapkan. Selalu nya akan ada stock card yang mengandungi detail maklumat tentang product. Nanti bila nak set date, aku rujuk kat card tu la. Dan yang nak jadi cerita kat sini adalah kesilapan aku mengeset kan tarikh. arghhhh.....Tak tahu nak cakap, pehal la boleh tersalah pandang bagahagian penting tu. selalunya yang berubah adalah hari dan bulan sahaja. Contoh, kalau product buat hari ni, jadi tarikh manufacturing sah sah la hari ni, bulan pulak dah pasti lah bulan sekarang i.e may. Tahun plak sah sah sahih lah tahun 2012. Sama jugak tarikh expired, biasanya 2 tahun, jadi sah hingga 2014. Selalunya bahagian tahun aku tak pernah ubah. 2 tahun, jadi 2012 ke 2014 lah, yang berubah cuma hari dan bulan sahaja.
Contoh:
MFG 23MAY2012/BATCH NO
EXP 22MAY2014/RUNNING NO
kalau hari ni punya
MFG 24MAY2012/BATCH NO
EXP 23MAY2014/RUNNING NO
(yang perlu ubah hanya hari dan bulan sahaja)
Sebelum production jalan, printer kat belakang untuk print expired date tu digunakan untuk print product lain. Tarikh luput dia cuma 18 bulan sahaja, jadi tahun dah berubah lah, 2013. Lepas dah siap print product yang macam hampeh sebab dah create trouble kat aku tu, aku pergi lah tukar setting tarikh hari dan bulan sahaja, serius lupa nak tengok bahagian tahun. Dah benda nak jadi masalah, memang lah macam nih. Kalau aku perasan, tak wujud lah masalah sekarang nih..siot betul
Aku dah set tarikh luput cuma setahun sahaja. Masa aku perasan tu, product dah 3/4 siap packing. Tak kan nak bukak padam balik, gila banyak dah beribu product keluar kot. Perasaan masa tu memang cuak tahap gaban. Bagitahu QA, dia pun dah tak boleh nak buat apa dah. Dia cuma cakap, yang belum print lagi, tukar expired date baru buat 2014. Masa tu nasi dah lembik nak bertukar jadi bubur dah. Kami tak nak kecoh, jadi buat buat macam biasa je. Teruskan production biar pun dah sedar ada kesalahan.Lagipun, bila dah siap wraping, orang stor tak kan bukak carton box untuk cek satu satu tarikh expired. Jadi buat slamber je lah.
Dah hampir 2 minggu berlalu, tiba tiba tadi orang stor call QA. Apa lagi, kantoi sudaaaaa....Dia perasan kenapa expired date cuma setahun sahaja. Emmm memang kena lah aku. Dia cuma report kat QA je. QA aku tu plak bagtahu aku macam mana hal ni boleh kantoi... Semua nya bermula dengan si technician kat stor sana, dia dahaga air, pastu pergi cilok air yang salah expired tu, dia la yang perasan kenapa setahun sahaja. Jadi, QA terpaksa la report kat bos hal ni, dari bos tahu melalui stor, jadi lebih baik dia yang report. Tadi dia dah plan apa nak cakap depan bos nanti. Dah terang lagi bersuluh, esok memang aku akan kena kaw kaw la dengan bos aku tu....Pasang telinga je lah. Paling teruk esok akan dapat surat REMINDER dari Lee Hoy Sun.
Serius rasa cuak gila nak pergi kerja esok, tak tahu nak cakap apa dengan bos nanti. Memang kecuaian aku sendiri lah. Bukan salah sesiapa pun, sendiri yang tak teliti. Tu la, bila buat kerja tak berapa nak ikhlas, ni la akibatnya....sendiri tanggung lah jawabnya. Dah tak ada orang nak tolong dah. Rugi kot kalau expired 2 tahun tapi aku buat setahun, padahal product masih elok lagi, tapi kalau dah tertera kat situ dah expired, mana ada orang berani nak minum.
p/s: sedang menguatkan mental serta fizikal untuk menempuhi hari esok. Esok mood cnfm akan down gila gila ahh.............
No comments:
Post a Comment