Tuesday, 29 May 2012

CREAM CHEESE CUPCAKE

Hai......

Ahad lepas got nothing to do, dengan perasaan bosan yang amat, apa lagi terus lah rajin kan diri buat cupcake. Ni kiranya kali ketiga aku buat cream cheese cupcake nih. Suka sangat buat sebab sedap dan sangat sangat senang. 

Kali ni aku try buat dengan cream cheese jenama lain plak, tapi masih jugak bukan dari jenama yang tersohor seantero dunia tu...mahal dowww....hehe.

Okeh...aku dengan baik hati nak kongsi bahan bahan dan cara pembuatan cupcake ni.

Kali ni aku cuba guna yang nih plak. Australian Cream Cheese. 200g bersamaan dengan RM7.99. Harga biasa bagi cream cheese yang tak seberapa nak femes..huhu. Aku guna kesemua 200g cream cheese.

Masukkan kesemua cream cheese 200g tu kat dalam bekas, kemudian masukkan sebiji telur dalam bekas yang sama untuk di gaul. Kalau pakai mixer hasilnya mungkin lagi bagus kot. Tapi aku miskin, so mixer tak mampu nak beli. Guna cara vintage style.....Jangan lupa masukkan gula sekali, lebih kurang 1/2 cawan. bergantung pada cita rasa masing masing lah.

Kemudian untuk base plak @ kerak cupcake, aku guna biskut jenama nih. Selalu orang memang akan guna biskut nih kalau nak buat kerak cheese cake. Harga dia dalam rm5 macam tu lah..

Guna sebanyak 3 4 keping dah cukup, sebab cup yang aku guna tu, memang comel comel je saiz nya.

Lenyekkan biskut tadi hingga hancur berkecai macam kat dalam gambar tu. Pastu masukkan 2 sudu mentega yang dicair kan (ambik mentega pastu letak kat dalam kuali panas, tunggu hingga mentega cair, kemudian masukkan dalam biskut hancur nih.)

 Dah siap sediakan kerak, kemudian dengan menggunakan sudu kecil, masukkan biskut yang berfungsi sebagai kerak kat dalam cup. Letak hingga tutup bahagian bawah cup tu. Ketebalan adalah bergantung pada kehendak sendiri ya.

Ni lah rupa bila kita masukkan cream yang dipukul tadi ke dalam cup yang telah siap berisi kerak.

Tadaaaaaa...................ni lah rupa cupcake comel lote aku tu. Bila dah siap masak. Bakar dalam oven lebih kurang 10 min - 15 min dengan suhu 150 - 180 degree.

Nampak tak lapisan kerak kat bawah tu?? Kerak tu cuma sebagai base untuk kek yang comel tu. Kalau di teliti, permukaan kek tu nampak tersangat lah gebu kan kan...wa cakap lu memang tagkap lentok habis lah....hahhahahah

Ni pulak baki cream aku masukkan dalam cup yang besar sikit. Pastu letak buah kiwi, sedap jugak, tapi ada rasa masam masam sikit lah.

200g cream cheese tu boleh la dapat dalam 30 - 40 biji cupcake yang bersaiz paling comel... Kalau suka, next time cuba lah. Serius cakap memang tak kan menyesal lah.

okeh....sekian.

p/s: tapi kalau korang tak suka rasa cheese yang sedikit masam tu, kek ni memang tak sedap lah bagi lidah korang..........

MASJID JAMEK

Assalammualaikum.........

Cerita ni berlaku minggu lepas, dah lama nak cerita tapi disebabkan beberapa masalah teknikal yang menghalang, jadi cerita ni telah tertunda sehingga kina...hahhaha. Macam kebiasaannya, ayat tak leh blah.
K lah,tak nak mengarut panjang, cuma nak cerita je.

Kalau korang spesis yang suka membeli belah pakaian yang murah murah serta terkini tapi dengan harga yang berbaloi baloi, sudah pasti lah destinasinya Masjid Jamek. Serius cakap, orang memang sentiasa ramai datang untuk mendapatkan pakaian, tak kira lah, tudung, baju, kasut, macam macam lagi lah, dengan harga yang berpatutan. Telekong sembahyang pun murah murah kat sini. Tudung sah sah la murah, macam macam design plak tu.

Minggu lepas kawan aku, Ikin, ajak teman dia datang Masjid Jamek, dia cakap nak cari tudung empat segi yang trend sekarang tu. Yang colourful, dan macam macam corak ada kat. Kalau pergi kat pasar raya, atau pasar malam, harga tudung tu dalam lingkungan RM15-RM10. Paling murah pun RM8, tu pun lepas membelit belit lidah pujuk si bai jual tudung suruh kurangkan harga @ proses tawar menawar la...huhu

Ikin cakap, kat sana ada 1 kedai nih jual tudung empat segi tu murah gila. 1 helai cuma RM4.80. Murah kan..Kat mana lagi nak jumpa kedai yang jual tudung murah tahap gaban macam tu. Kedai tu ada jual macam macam lagi jenis tudung lain, bawal, selendang, pun ada jugak dan murah. Selendang pashmina pun cuma RM9.80. Kalau kat tempat lain dah berbelas belas hinggit dah....huhu
 Ni gambar masa kat depan kawasan membeli belah Masjid Jamek tu. Dengan muka tak malu berdiri kat tengah tengah alam pastu mintak orang ambik kan gambar aku...hahaha. memang tak ada kemaluan betul.

 Ikin tengah pegang plastik yang berisi tudung. Kami borong tudung semuanya 11 helai. Ambik ko. Seminggu ah tak payah cuci tudung, hari hari pakai warna lain lain...muka bahagia gila...huhu

 Ikin yang bermata bulat dan suka bajet tembam..tapi, memang agak laa...hehe


Gambar ni di ambil dalam shopping mall kalau tak silap aku, Semua House. Kalau ada yang mencari barang barang untuk persiapan majlis perkahwinan, kat sini ada 1 kedai yang jual pelbagai barangan hiasan. Dan yang penting, murah..........

***antara tudung yang dibeli kat masjid jamek tu

Lepas dah borong tudung kat Masjid Jamek, pastu pergi berangan angan konon tengah wat persiapan perkahwinan kat kedai hiasan dalam shopping mall Semua House, kaki pun dah penat kami pun pulang la. Maklum la, time ni masing masing pun dah kering...huhu

okei...sekian........

UNTITLED lah.......................!

'JUST READ AND NEVER SAID ANYTHING'



'looking for a two ply'
'dont even need your love'
seem to look like all those word a picturing what happen right now. or maybe this is the way how you show what really you wanted to said. And its also seem lke you are happy to be like this way, havng a wonderful moment without this one. Or maybe you already have one in your mind, or maybe you are hoping to find someother as a replacement to what you had have before. or the last thing i would like to guess, is it really over now????? because iam waiting for the conclusion to make this end!!! just end it as fast as you could, so that both of us would not be suffer by each other for any longer time.
i will never to be so harsh or rough to you except if you start it first. and i can be even worse that you did to me...
you got your own ego, same goes to me. i also got one. even sometime it can be much much more high that you have...
let we end this over. if you really mean by 'looking for a two ply and dont even need your love'...just said it to me.
so, you and me can start to plan our own new future. you with your ply, and so do mine...
Fighting over nothing mean thats relationship is worth for nothing!!!!
my heart hardly belive that you are hoping me to back off.
if that so, then i will do, just to please your desire.,,,,

...................E...........N.............D............
THATS WHAT YOU HOPING FOR!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 24 May 2012

EXPIRED DATE!!!

Assalammualaikum.......

Hari ni, saat ni, masa ni, waktu ni...dan sewaktu dengannya...perasaan dalam hati ni adalah sangat sangat takut berdebar serta macam kecut perut je. Adeiiii....mati la aku. Kisah nya bermula pada suatu hari yang agak suram, aku dengan banggang nya telah melakukan satu kesilapan yang agak besar jugak lah.

Seperti yang sedia maklum, atau yang tak tahu lagi meh aku bagitahu, aku kerja dalam bahagian production. Kerja aku banyak terlibat dengan production. Hari hari buat kerja lebih kurang sama je, dah jadi rutin. Tiap kali sebelum jalan production, kena pasti kan semua hal ok lah. Kalau boleh nanti bila production dah jalan, tak wujud la sebarang kesulitan. Kalau tak ada kesulitan, kemungkinan untuk balik kerja awal adalah sangat sangat tinggi, sebab tu bila perasaan nak balik umah awal awal, aku dengan rajin gila akan pastikan semua hal ok. Tapi, kalau tak memang aku buat bodoh je lah...hahhahaha

Bila production dah mula, aku kena pastikan tarikh luput untuk product sama dengan yang telah ditetapkan. Selalu nya akan ada stock card yang mengandungi detail maklumat tentang product. Nanti bila nak set date, aku rujuk kat card tu la. Dan yang nak jadi cerita kat sini adalah kesilapan aku mengeset kan tarikh. arghhhh.....Tak tahu nak cakap, pehal la boleh tersalah pandang bagahagian penting tu. selalunya yang berubah adalah hari dan bulan sahaja. Contoh, kalau product buat hari ni, jadi tarikh manufacturing sah sah la hari ni, bulan pulak dah pasti lah bulan sekarang i.e may. Tahun plak sah sah sahih lah tahun 2012. Sama jugak tarikh expired, biasanya 2 tahun, jadi sah hingga 2014. Selalunya bahagian tahun aku tak pernah ubah. 2 tahun, jadi 2012 ke 2014 lah, yang berubah cuma hari dan bulan sahaja.
Contoh:
MFG 23MAY2012/BATCH NO
EXP 22MAY2014/RUNNING NO

kalau hari ni punya
MFG 24MAY2012/BATCH NO
EXP 23MAY2014/RUNNING NO

(yang perlu ubah hanya hari dan bulan sahaja)

Sebelum production jalan, printer kat belakang untuk print expired date tu  digunakan untuk print product lain. Tarikh luput dia cuma 18 bulan sahaja, jadi tahun dah berubah lah, 2013. Lepas dah siap print product yang macam hampeh sebab dah create trouble kat aku tu, aku pergi lah tukar setting tarikh hari dan bulan sahaja, serius lupa nak tengok bahagian tahun. Dah benda nak jadi masalah, memang lah macam nih. Kalau aku perasan, tak wujud lah masalah sekarang nih..siot betul

Aku dah set tarikh luput cuma setahun sahaja. Masa aku perasan tu, product dah 3/4 siap packing. Tak kan nak bukak padam balik, gila banyak dah beribu product keluar kot. Perasaan masa tu memang cuak tahap gaban. Bagitahu QA, dia pun dah tak boleh nak buat apa dah. Dia cuma cakap, yang belum print lagi, tukar expired date baru buat 2014. Masa tu nasi dah lembik nak bertukar jadi bubur dah. Kami tak nak kecoh, jadi buat buat macam biasa je. Teruskan production biar pun dah sedar ada kesalahan.Lagipun, bila dah siap wraping, orang stor tak kan bukak carton box untuk cek satu satu tarikh expired. Jadi buat slamber je lah.

Dah hampir 2 minggu berlalu, tiba tiba tadi orang stor call QA. Apa lagi, kantoi sudaaaaa....Dia perasan kenapa expired date cuma setahun sahaja. Emmm memang kena lah aku. Dia cuma report kat QA je. QA aku tu plak bagtahu aku macam mana hal ni boleh kantoi... Semua nya bermula dengan si technician kat stor sana, dia dahaga air, pastu pergi cilok air yang salah expired tu, dia la yang perasan kenapa setahun sahaja. Jadi, QA terpaksa la report kat bos hal ni, dari bos tahu melalui stor, jadi lebih baik dia yang report. Tadi dia dah plan apa nak cakap depan bos nanti. Dah terang lagi bersuluh, esok memang aku akan kena kaw kaw la dengan bos aku tu....Pasang telinga je lah. Paling teruk esok akan dapat surat REMINDER dari Lee Hoy Sun.

Serius rasa cuak gila nak pergi kerja esok, tak tahu nak cakap apa dengan bos nanti. Memang kecuaian aku sendiri lah. Bukan salah sesiapa pun, sendiri yang tak teliti. Tu la, bila buat kerja tak berapa nak ikhlas, ni la akibatnya....sendiri tanggung lah jawabnya. Dah tak ada orang nak tolong dah. Rugi kot kalau expired 2 tahun tapi aku buat setahun, padahal product masih elok lagi, tapi kalau dah tertera kat situ dah expired, mana ada orang berani nak minum. 


p/s: sedang menguatkan mental serta fizikal untuk menempuhi hari esok. Esok mood cnfm akan down gila gila ahh.............

Tuesday, 22 May 2012

GIVE HIS HEART A BREAK

Assalammualaikum..........

'Meraka minta agar saya tidak menggangu mereka buat masa terdekat ini. Meraka hanya mahu menghabiskan masa bersama sama dan tidak mahu sebarang gangguan dari saya. Baik lah, kerana menghormati mereka saya akur dengan kehendak mereka. Saya janji tak akan mengganggu masa masa bahagia mereka. Tapi yang pasti, saya sentiasa ada di sini, mereka harus tahu yang saya sentiasa menuggu peluang untuk bersua muka lagi....'

Tah apa2 lah yang aku duk merepek kat atas tuh...main taip je apa yang terlintas kat dalam kepala otak nih.hahaha. Suka berkhayal dengan kata kata, boleh tak macam tu?? ada tak orang buat macam yang aku buat sekarang nih?? hahhaha....sendiri pun dah tahu jawapannya. Tentu lah tak ada, mana la ada manusia yang otak patpolohpat jam asyik duk heng heng je kerja nya....

Ni bila dah mula melalut nih, yang sebenarnya dalam hati tengah serabut+sedih+kecewa+marah+macam macam lagi lah perasaan negative. Maklumla aku dengan unsur unsur ni dah memang tak boleh dipisahkan, bagai langit dan awan...huhu

Kadang kadang, hati ita pun perlukan rehat jugak, perlukan masa untuk ketenangan. Tapi bukan lah jenis ketenangan yang kekal abadi (dalam erti kata lain, meninggal lah weiiii). Hati pun kadang penat untuk berfungsi mengikut kehendak otak. Mentafsirkan perasaan yang dijana oleh otak, perlukan hati yang berfungsi dengan baik. Tapi bila dah terlebih muatan, yang ada cuma tumpangan ehsan dalam hati je (contoh, dalam hati dah ada ruang untuk yang tersayang, jadi golongan yang bukan tersayang tu hanya mampu menumpang ehsan dari hari tu sahaja lah)...paham?? tak mau paham pun tak kesah. Sebab ni segmen membebel bukan segmen belajar subjek pemahaman...

Bila aku dah umumkan yang aku bagi hati dia masa untuk berehat, jadi aku dengan baik hati serta rela hati serta dengan berbesar hati tak akan dan tak mungkin akan ganggu kehidupan dia lah. Bagi dia masa yang secukupnya untuk membelai hati dia, agar dia pasti dengan kehendak hati dia tu. Kalau dah hati pun tengah duk serabai serabut macam otak aku nih, sah sah la asyik tak tenang je, lepas tu mula la dapat aura negative seperti busuk hati, keras hati dan akhirnya akan jadi hati batu macam yang selalu terjadi (hanya aku yang tahu betapa keras nya hati tu bila dah bertukar jadi batu).

Bila dah dapat masa yang secukupnya untuk hati tu, mungkin lepas ni nanti hati tu dah boleh berfungsi dengan baik. Dan akhir sekali, dapat la buat keputusan yang sewajarnya bila timbul hal hal yang melibatkan hati. Bukan nak mengalah dari berada dalam hati, tapi mungkin ni masa sesuai untuk betul kan keadaan dengan rehatkan hati tu dulu. Agar keputusan yang bakal dibuat kelak, lahir dari hati yang benar benar suci.

Hati tak mungkin berbohong. Hati jugak tak kan mampu menutup semua perasaan. Hati akan bergelora, hati juga akan hancur...dan yang pasti hati akan kosong tanpa getaran kalau otak tersalah mentafsir......

Jadi ambil la masa sebanyak mana pun, tenangkan jiwa dan sanubari.....suatu hari yang pasti, akan muncul jawapan untuk semua persoalan.....................Tiada keraguan lagi.


p/s: membebel tanpa motif aku sendiri dah pening bila baca balik...well, its free rite?? =)
GEDIKS...2nd try

Dont want to say much. Just see it and enjoy yourself watching it!!! chilllll....

SHORT ENTRY 3

Assalammualaikum....

Sekarang ni dah nak masuk bulan Rejab. Bulan Rejab sama jugak dengan bulan bulan lain, banyak kelebihannya. Terutama nak ganti puasa, bulan ni sangat la sesuai. (nak bagi detail pasal kebaikan bulan ni, macam tak sesuai pulak, sebab aku mana tahu fakta, setakat buat cerita auta terer lah...huhu)
Atas sebab musabab yang munasabah, jadi mari la kita sama sama beramal di bulan ini. Puasa pun belum ganti lagi nih...huhuhu........
Nak rancang puasa lah. Insyaallah aku akan lunaskan hutang sebanyak 10 hari dowwww dalam bulan ni jugak.....adeiiiii. mati ;a aku.lama tu.

Sekian.

Sunday, 20 May 2012

GEDIKS

Assalammualaikum.........

just to having a gediks show...




THANK YOU FOR WATCHING THIS GEDIK SHOW..........=)

SHORT ENTRY 2

Assalammualaikum...

Just a short words.
Akhirnya Kelantan menang piala FA. Tapi, aku tengok kat Facebook ramai jugak yang macam tak puas hati dengan kemnangan Kelantan. Kuat gila duk kutuk kutuk Kelantan.. Yaaa aku pun setuju kalau ada yang cakap orang Kelantan ni ganas la, poyo la, samseng la..Ala, normal la tu, kat mana mana negeri pun kita boleh jumpa la dengan manusia yang sedemikian perangai. Tak semestinya rakyat Kelantan sahaja yang berperangai begitu. Yang aku tak leh sabar, macam macam duk kutuk dan mengata...haihhhh. Terima je la yang.....

"Kelate kawe mene pialo FA'"

Hebat dok Kelate kawe., bia pun ada hk pertikai kan kemenange Kelate, kawe tak berapo nak kisoh lah mano, yang penting 'THE RED WORRIOR' is the best. Bangga dengan diri sendiri sebab dilahirkan sebagai sebahagian dari anak anak Kelate......

A BIG CONGRATE TO OUR BELOVED THE RED WARRIOR.
GOMO KELATE GOMO .

CINTA BERSATU....lyric

DI MATA MU KU BERHARGA
KAU PERLAKUKAN AKU
LEBIH DARI MENCINTAI DIRIMU
DI DEKATMU
KU MERASA
BAHAGIANYA AKU DAPAT RUANG CINTA MU
HANYA KAMU SAJA
YANG MAMPU BEGITU
TULUS
MENGERTI AKU
KAU SEMPURNA BAGI KU
TAK KURANG SESUATU
KAU TERIMA APA ADA KU
KU SEMPURNA BAGI MU
TAK KUARNG SESUATU
CINTA BERSATU
GAYAMU
SIFATMU
CARA MENCINTAIKU
YANG MEMBUAT DIRIKU
JATUH CINTA PADA MU...........



p/s: tegah duk tangkap leleh dengar lagu ni. keep repeating again and again and again. besh!!!

Saturday, 19 May 2012


CERITA 1 JAM

Assalammualaikum....


sebelum mula bercerita ambik feel syok sendiri dulu..hehe

Hai....dah lama nak post cerita tentang hal yang bakal diceritakan nih. Tapi ada problem dengan eksess. Aku pun tak paham dengan tenet nih. Tiba tiba ada tools bar tulis ada problem. Godek godek link yang ada akhirnya berjaya jugak...huhu

K lah, stright to the point je lah. Tempoh hari aku penah post kat FB, dan kt sini pun ada jugak. Stress lepas pusing seluruh pelosok Bandar Pinggiran Subang nih semata mata nak cari cream cheese, tapi tak jumpa pun. Bayangkan Econsave kat sini tak jual benda alah tu, Pasaraya borong Segi pun tak jual gak, memang hampeh sangat lah. Aku ni kalau dah eksited nak buat kek, semangat memang memuncak muncak dan masa tu dah tak kan ada halangan yang mampu menahan aku dari melaksanakan hasrat yang memuncak tu...Dahsyat kan. well, thats me.!
ni la benda alah yang aku duk bersungguh cari tu. tapi kalau boleh aku nak femes tu. Philadelphia.


Yang sebenarnya, dekat area tempat kerja aku tu ada je kedai jual bahan bahan untuk buat kek, tapi pada hari semangat nak buat kek membuak tu, aku kerja balik lewat dekat pukul 7 lebih dah. Dah lewat macam tu 
kedai dah confirm la tutup.....
Esoknya dengan semangat kental, lepas je punch card masa lunch aku terus bergegas drive menuju ke kedai kek tersebut. Aku rehat 1 jam je, punch lunch pukul 11.57 a.m. Sampai je sana, kedai tu tutup plak dah.REHAT. Tapi naseb baik la kat depan pintu dia ada tinggalkan no telefon untuk dihubungi, teruja punya pasal terus dail no telefon tu then yang menjawabnya cakap lagi 5 minit dia buka balik...fuhhh lega.

Dah dapat apa yang dihajati terus tekan minyak kete supaya cepat cepat sampai rumah.huhu...Masuk je rumah, berbekalkan semangat yang kental serta keazaman yang kuat untuk melaksanakan hajat (ayat xle blah..hahaha) terus masuk dapur mulakan proses baking...huhu.

Lepas dh gaul, uli, pukul kacau maka terhasil lah aku punya 'Cream cheese cupcake'....huhu. Tengok, semangat punya pasal, dalam masa setengah jam je dh boleh siapkan cupcake. Dapat gak la dalam 20 biji.
ni laa dia rupa mini cupacake tu...tak berapa nak tempting sebab gambar tak berapa nak jelas.

Sebab terlampau kejar masa, dengan nak makan tengahari lagi terpaksa la mintak tolong dengan housemate, tolong masukkan adunan dalam cup sementara tu aku berhenti makan nasi dulu kejap...hoho. Bahan bahan untuk buat kek ni sangat senang dan langsung tak rumit pun, sebab tu la boleh siap dalam masa yang singkat.

Untuk yang suka cheese, cupcake ni memang sesuai.

Dah siap bake kek, makan pun dah sudah, tengok jam...alamakkk. Masa lunch dah nak habis da...Apa lagi bergegas kemas nak masuk kerja balik lah.Tapi sebelum tu, kek keluar je oven, dengan perasaan teruja gila aku dengan housemate cuba rasa...sedappp.huuhu. suka suka.  
Lepas dah rasa kek tu, dengan sepantas kilat aku menuju ke tempat kerja. Rasa macam nak berlari je supaya cepat sampai menuju tempat punch card. Sampai je sana tengok jam....12.52 pm. wallaaweiii......sempat doww...hahhahaha. 

Bayangkan dalam masa sejam nak bergegas balik rumah lagi, nak kena masak nasi dulu sebab yang ada cuma lauk je, pastu nak mengacau adunan kek plak. Tunggu bakar kek lagi...tapi dengan semangat yang ada, aku berjaya buat semua tu dalam masa sejam je. (sambil muka buat wajah gaya orang berlagak hebat..ngehngehngeh)...

 p/s: aku spesis yang 'baking lover, but not cake lover'...huhu

Friday, 18 May 2012

SHORT ENTRY 1

TIBA TIBA SAYA TERINGAT KAN DIA. DAH LAMA SANGAT SANGAT SAYA TAK TERFIKIRKAN TENTANG DIA. DIA DAH PUN BAHAGIA, TAPI SAYA MASIH TERUMBANG AMBING MACAM TAK ADA TEMPAT NAK BERTAUT LAGI........
BAHAGIA SIAPA YANG BERADA DI SISI DIA. SAYA TAHU DIA PENCINTA WANITA YANG SETIA, SANGAT MENYAYANGI DAN SUKA DIBERI PERHATIAN.
SAYA DAH PENAT KEJAR DIA.
AGAK AGAK DIA MASIH TAHU LAGI TAK TENTANG KEWUJUDAN SAYA. KALAU DIBERI PELUANG, SAYA TERINGIN SANGAT SANGAT BERSUA MUKA DENGAN DIA.....

Thursday, 17 May 2012

STRESSS.........Di Pinggirkan

Assalammualaikum....

Malam Jumaat macam ni ada baik nya kalau kita semua pakat beramal. Maklum la malam Jumaat malam penghulu semua hari, kalau masa belajar dulu, kat surau Ustaz mesti buat bacaan Yasin beramai ramai. Tu masa dk asrama lagi. Bila dah masuk universiti, mula buat sendiri. Sebab dah terbiasa. Lepas tu, bila dah hujung hujung tahun pengajian, dah start skip daaa... Then sekarang, bila dah kerja bukan stakat skip lagi dah, tinggal terus kot...Astagfirrullahh mekda oiii. Sendiri pun tahu diri sendiri dah makin teruk. Tapi masih lemah lagi, sekarang masih dalam lautan noda....huuhuh.  (kalau masa belajar, mungkin seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali, sekarang sebulan sekali pun macam susah je...mungkin, 2 bulan sekali kot.)

Sebab tu lah hati selalu je rasa tak tenang serabut, cam kusut masai je. Dah hati tak pernah nak dicuci dengan ayat ayat suci Al-Quran, sah sah la hati tu tak cantik putih cam kain telekong.. Dah kalau tak cuci serta suci, mula la nak rasa Stress je memanjang. Ada saja hal yang boleh menstress kan kepala otak nah...

Kenapa ehh stress dan manusia memang tak boleh di pisah kan?? ada ke manusia kat bumi nih tak penah alami stress macam aku rasa nih?? Haihhh...tak tau nak komen daa. Pak mat tanam padi pun aka rasa stress jugak bila tuaian dia tak menjadi. Mok wo saya pun rasa stress bila budak budak yang sama duk ulang alik masuk kedai semata mata nak beli gula gula je. Tu semua antara contoh stress yang dialami oleh seorang manusia...huhu

Dan kenapa ehhh kita selalu akan teringat kan orang yang kita rasa best. Bia pun terang tang tang kita dah tau yang orang yang cam best tu langsung tak layan kewujudan kita. Cam hampeh je dapat kenal manusia macam nih. Pergi mampus lagi bagus kot. Buat sesak kepala otak aku je nak pikir tentang dia. Kalau la otak kita boleh berfungsi cam komputer ni berfungsi kan best. Kalau rasa ada part part yang tak penting, boleh delete je terus dari memori nih...wallalweiii..bagus gila. Banyak je benda yang aku nak delete. Terasa cam menyemak macam lalang yang tumbuh kat tepi jalan je. Lalang kat tepi jalan lagi tersusun cantik kot sebab ada orang yang datang potong, trim trim nampak kemas.

Tah lah...bila dah lama sangat sangat sekarang dah rasa macam sudah tiada arah tujuan lagi dah. Dan dia sendiri pun mengakui sudah tak ada arah nak tuju. Arah kutub utara ke selatan ke timur ke barat ke...dah tak tau.
Time otak serabut cam nih, layan lagu bingit macam The kooks, sum41, good charlotte, the used..memang best sangat lah!!!!

Kawan sekeliling selalu cakap, tak yah la aku duk cari dia lagi. Cuba untuk uruskan hal hal berkaitan dengan hidup aku sendiri. Memang la boleh je hidup walau tanpa bantuan dari dia. Macam makan kek coklat la, still rasa kek coklat biar pun kat atas kek tu ko tak buh coklat topping. Kalau kek ada topping tu, nampak best. Tu je bezanya.. Boleh plak guna kek sebagai perumpamaan kisah aku..hahhahah. Bajet creative betul minah comel nih..=)

Tapi yang sesungguhnya, walau apa pun yang terjadi...otak ni tak pernah berhenti walau seminit pun dari memproses data mengenai dia...Hebat kan otak bijak aku nih..

Okeh...itu sahaja yang aku nak sampaikan.

Cream Cheese

Assalammualaikum....

Apakah itu Cream Cheese?? aku pun sebelum ni tak tau tentang kewujudan cream cheese, apatah lagi untuk mengetahui tentang kegunaan nya. Setakat cheece slice tu aku tahu lah, yang selalu orang letak dalam burger. Aku tak lah eksited sangat dengan burger cheese nih. Lemak tuu, kolesterol pun boleh naik..huhu.

Cream Cheese jenama Philadelphia adalah yang paling dikenali, mungkin kerana kehalusan, creamy serta kesedapannya kot. Sebab aku sendiri pun belum penah membezakan rasa jenama ni dengan yang lain. Tapi rasanya kebanyakan cheese cake mesti pakai jenama nih. Bahan ni salah satu dari produk tenusu. Lemak tak lah tinggi sangat, tinggi kalsium adalah.

****Cream cheese is one of America's most widely-consumed cheeses. Its soft creamy texture gives richness to cheesecake, frosting, bagel-toppers, and dips and makes wonderfully light and flaky pastry crusts. Along with these more well-known uses, cream cheese is a main ingredient in many savory dishes as well as desserts.

Mat salleh banyak lah guna bahan ni dalam makanan seharian mereka. Dan penghasilan cream cheese di Malaysia adalah sangat terhad. Tak banyak pun pengusaha yang hasilkan produk ni dalam pasaran mereka. Sebab market Malaysia tak masyuk macam kat negeri matsalleh sana tu. Tak berbaloi pengusaha nak ambik risiko hasilkan bahan nih. Lagipun mungkin raw material kat negara kita tak mencukupi serta mahal untuk diperolehi.... cehhh, cam bagi tulis report plak..hahahhah. Well, im Food Technologist u...huhu.

Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampai kan adalah megenai kekecewaan aku pada hari ini. Bajetnya malam ni nak pi tengok wayang. Maklum la hari rabu kan tiket murah, dah kebetulan pulak production kt kilang tak banyak, kerja tak penat pun. Tapi yang hampeh cam tong gas kosong nya, kawan aku yang aku duk beriya ajak, tetiba cakap ada hal malam nih..Aduuiiii. Memang rasa geram gila. Sabar je lah. Ok la fine kalau dia ada hal, aku ada back up plan in case kalau this situation happen Plan nak buat cream cheese cake...hhuhuuuhu.

Dah plan nak buat kek, apa lagi lepas habis kerja terus menuju ke pasaraya berdekatan untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Bahan terpenting adalah Cream Cheese. Mula mula aku pi Econsave, (kat kelantan plak Econjaya) kat sini banyak jugak la jual barang barang basah seperti, ikan, sayur, ayam dll. Tapi malang nya, pasaraya nih tak jual apa yang aku cari. Hampehhhh...

Ok fine, pi plak pasar raya borong Segi (macam NSK), kat sini banyak jual borong. Sekali pandang nampak cam gudang la. Macam macam ada, kat dalam hati duk berdoa apa yang dicari akan dijumpai disini. Pun tak jual jugak.

Dalam perjalanan balik rumah jumpa lagi pasaraya mini macam Segi dan Econsave tu, nama nya Pasaraya Big. Aku tak tau nak kata apa, rasa macam nak hentak hentak kaki kat dalam kedai tu nak mengamuk marah tak puas hati sebab pehal tak mau jual Cream cheese kat dalam kedai tu... Nasib baik masih waras yang aku nih dah tua dah tak sesuai buat macam tu...huhu

Last last balik rumah dengan perasaan kecewa hampa. DOUBLE FRUSTRATION lorrr... Ingatkan duk kat kampung je susah nak cari benda alah nih, tapi rupanya kat bandar sini pun susah jugak..

mood: frust teramat.....

Full House Lifestyle & Cafe

Assalammualaikum...

Sekarang aku dengan bangga serta berbesar hati nak bagitau yang aku dah penah pun sampai kt restaurant Full House (yang agak femes jugak lah...huhu). Cafe ni di adaptasi atau dapat ilham dari pada siri drama Korea yang pernah femes pada suatu ketika dulu. Masa tu aku masih belajar kat matrik lagi, memang pukul 8.30 malam je, sharp, dah tercongok depan tv tunggu cerita Full House. Dulu tengak tv kt bilik tv, kalau agak agak turun lambat sikit, mesti pesan kat kawan mintak cop kan tempat...huhu. Bila cerita dah start, penuh kot bilik tv tu, kalau lambat jawabnya dk kt lantai la, dah tu kat blah blah blakang....Teringat pulak zaman kat matrik dulu.

Here the synopsis of the drama:

Han Ji-eun, an aspiring script writer, lives in a house called "Full House" built by her late father. One day, her two best friends trick her into believing she has won a free vacation. While she is gone, they sell her house. On the plane, she meets a famous actor named Lee Young-jae. Through comedic events, they get acquainted during her vacation and when she returns, she discovers her house has been sold to him.
Though they don't get along with each other as she is messy and he has a bad temper and likes cleanliness, they agreed to live with each other. At first, Ji-eun works as his maid in order to buy her house back, but because of Young-jae's wish to make the love of his life and Kang Hye-won jealous, they get married. They set up a contract for the marriage to last six months. During that time, complications arise and Ji-Eun and Young-Jae become attracted to each other.


*****curik dari Wiki...huhu*****

Lepas dah tengok drama tu, selalu jugak lah duk berangan nak dapat pasangan yang macam watak Rain kat dalam cerita tu... Dia caring tapi tak nak admit betapa dia care kat perempuan tu. Nak sorok ego seorang lelaki lah konon, last last kantoi gak yang dia tu dalam hati ada taman jugak.haha.. Suka sangat...huhu. Part yang paling best bila si Ji-Eun duk bercerita kat meja makan tu, kan best kalau ada orang yang sudi dengar kita membebel dengan cerita kita yang tah apa apa..

Sweet kan kapel dua orang nih..

Back to Cafe.......... Cafe Full House tu deko sebijik ala ala macam rumah kt dalam cerita Full House. Rumah yang kat dalam cerita tu memang cantik teramat. Pemandangan memang cun lah, depan pantai, laman pun cantik sangat. Tapi bagi aku, hiasan kat dalam rumah tu boleh tahan la, tak la gempak sangat macam laman rumah tu. Full House Cafe dekorasi banyak berlatarbelakang warna putih, ada macam pokok2 hiasan sikit, perabot plak wooden made.

Belakang tu adalah Full House Cafe, kedai 2 tingkat.Tengok dari jauh pun dah tertarik.

Yang aku duk tayang tu adalah buku Menu Cafe nih. Sangat colourful untuk di tatap.

Trademark Ji-Eun...Peace


Kalau base on the drama, kereta ni macam tak ada kaitan pun.


That time mine is chicken chop...the sauce was not so tempting. huhu


The Italian pasta @ Al Funghi Spaghetti was not so tempting also. Not was so creamy like it should be.


Receipt...Agak mahal jugak lah. 2 set makanan pun dekat enampolohhinggit dah.


Saya bukan seorang yang pelahap. sekian.

Bagi pendapat aku la, setakat nak pergi merasa makan kat tempat yang cam best gitu, okey la sangat sesuai. Tapi kalau untuk cari makanan yang lazat, pergi KFC lagi bagus kot. Sebab harga kat KFC lebih berbaloi. Lagi sekali tapi, tingin nak makan kat sana lagi sekali laaa sebab nak try rasa dia punya chicken grill plak. Nampak sanagat menyelerakan je kat dalam gambar. Lagipun Farah Fauzana pun dah penah shot kat restauran Full House ni masa mengacara rancangan Nona kt tv 3. Masa tu Farah Fauzana makan chicken grill, sauce dia nampak best. Tapi aku belum rasa lagi sama ada perkhabaran rasa lebih indah dari luaran fizikal...(aku sendiri pun tak paham dengan ayat sendiri...hahaha)

Okeh...tu je nak bagitau. Sekian Terima Kasih... =)


p/s: FYI, aku bukan spesis kipas-susah-mati drama siri Korea....



Tuesday, 15 May 2012

UNFORGETTABLE LOVE....

Assalammalaikum............

Again, tonight im feeling like i want to write about love again, just like what i did last night. I dont know why this few days im have tendency to talk, write and think about love. It's not that right now im in feeling like 'bunga bunga cinta' just happen in my mind........so let me express it to you people..

All people in this world will definitely dreaming of their own love. All of us will dream a different love story based on our own imagination. If you are lucky enough, then you will get all what you wanted so much. Your dream your hope your wish will all be yours. But for those unlucky, all you got is just a heart broken, a jealousy and a depression due to frustration.

For those whose able to reach their dream about love, they will definitely feel like this world is just belong to them. Doing thing all together, keep holding hand with each other, and always keep in touch for every second pass by....uhhh that was so wonderful, isn't?. They will start to picturing their own future, planning for every single things that they may faces and all sort of loving couple doing. No matter will bother them, its just about their love story. Because all they know is that they are really meant for each other, and was born for each other. That's what most of the couple might say about their destiny.

But they might not realised that not all wishes can last forever. Not all the dream can be real forever. Life isn't simple like they might though. It really tough until you feel like you are not enough for all these things. Once you face the break off with the one you really dying for, the world might be the end for you. That what you will think. Its just normal thing to face. Yes, you will start to find the reason for this happen, the worse you will blaming people for the thing that was already broken. Or maybe people may just leave you with a thousand question with no answer even one!! That's will hurt you more...

Never be so worries about your fate. God is always with you. God will never let us being suffer for the rest of the life. There may be a new light to brighten you even you are in the dark. Just give your trust on the Mercy. Finally, you will find someone new in your life. Replacing your previous love. This could be your last forever. This could be your final destiny. This might also be your true life that you had never though. Bringing you to the new perspective toward love story.

However....

Second might not be the same as the first. Second can never ever will be able to replace the first. Second can also will never can erase all the first memories. All you have to do is just accept the fate, and setup your mind to have a changes. Let your mind your heart and your soul, trust and believe that the second can also be better than you ever imaging.

Even though deep down in you heart you still realised that the second can never be great as the first, you just cant deny it although you try so hard.


That was how unforgettable love will hunt your life time.

Monday, 14 May 2012

Assalammualaikum...

Hai....Selamat pagi semua. Just a short entry. If you are one of the Jakarian so please do add this club. Let we having some chit chat with our own beloved born places....



http://www.facebook.com/#!/groups/269365086493749/272440006186257/?notif_t=group_activity

Sekian...

ALAM PERCINTAAN

Assalammualaikum......

CINTA..........Beribu tafsiran untuk kata kata cinta. Ungkapan cinta lahir dan wujud dalam hati manusia untuk manusia lain. Namun Cinta tidak hanya terbatas antara manusia, ia juga merangkumi semua ciptaan Allah s.w.t. Cinta yang lahir dari hati yang ikhlas suci sungguh indah hinggakan tiada kata mampu mengambarkan perasaan itu. Kadang kadang kita tidak terdaya mengungkap kan kata cinta, tapi penzahiran perasaan serta perlakuan kita mampu mengambarkan Cinta sebenar yang wujud.

Cinta Allah cinta hakiki, cinta manusia cinta zahiriah......

Kehidupun tanpa rasa cinta hanya sebuah perjalanan yang kosong tanpa sebarang erti. Sudah lumrah manusia tak akan mampu lari dari perasaan cinta. Manusia miliki perasaan pasti merasai getaran cinta. Ia hadir tanpa diundang, namun kehadirannya juga boleh di pupuk bersama masa. Percayalah keindahan cinta adalah seindah terciptanya manusia di alam ini.

Seperti pasangan bercinta, zaman percintaan adalah yang paling terindah. Ungkapan kata kata yang penuh bermakna mampu menggambarkan betapa cinta itu benar benar luhur. Zaman percintaan seharusnya kekal sepanjang abad. Seharusnya ia kekal hingga ke nafas terakhir.. Mungkin kita hanya mampu merancang, dan Allah menentukan segala gala nya. Namun kita manusia mampu serta perlu berusaha untuk mengekalkan perasaan itu.

Jika tiada cinta..................

Jika cinta tidak lagi wujud, hidup pasti akan menjadi hambar, kosong serta tiada lagi keindahan yang dirasai. Yang tinggal hanya perasaan kosong, menyendiri, kesunyian serta kehilangan. Tanpa cinta hidup tiada erti, umpama sudah tiada makna untuk meneruskan perjalanan. Tiada arah tujuan yang pasti. Kosong.

Namun, cinta yang tidak jaga serta dilindungi pasti mampu membawa kepada kesengsaraan, kesedihan serta keperitan kepada sebuah penghidupan. Cinta yang musnah akan membuahkan bibit bibit kebencian serta kehancuran. Hati menjadi kelam, yang pasti akan mengalirkan air mata. Titisan air mata kesengsaraan serta kekecewaan.....

Sekian...terimakasihkeranasudibaca.

p/s: mood puitis tiba tiba muncul sebelum tido...

Saturday, 12 May 2012

Can we turn back time??

Assalammualaikum........

Since my phone is still having problem, so today until onward,(once my phone is ok laa, there will be a pic) what im gonna write is just a story of mine without any picture on it....huhu

FYI, i just got back home after meet with my old friend. Kinda old jugak lah. Let me story how we met and become as a friend. Actually he is cousin to one of my friend. We met around 5 years ago, when i was study at USM Pulau Pinang. He came to me because at that time i got something to give to my ex, since he was there, my ex send him to me and pass the thing to him. SO, that was how we first met...

Cakap melayu lah senang. Pening aku nak pikir ayat jerr...huuhu. Masa dia datang kat aku tu, kali pertama jumpa dah rasa berdebar. Gatai tul minah ni kan...hehe. Lepas dah pass barang kat dia, sejak hari tu kami ber sms la. Masa tu aku masih cintakan ex aku tu, jadi aku pun tak la ada perasaan apa apa pun kat dia. Padahal masa tu, dah memang terang lagi bersuluh yang ex aku tu dah tak ada perasaan kt aku, aku je yang duk tehegeh2 lagi.. Penah sekali tu, dia datang nak ajak aku keluar tapi aku tolak sebab aku cakap dia tipu, lagipun masa tu aku budak baik, takut nak keluar malam malam lagi2 dengan lelaki.

Kemudian, selepas beberapa bulan yang panjang aku dapat tahu dia dah ada awek. Masa tu aku dah putus pun dengan ex, dan masa tu jugak aku belum lagi jumpa dengan kekasih aku yang sekarang ni. Jadi ada jugak la penah berharap dia cari aku. Tapi hampehhh.....huhu.

Bila aku dah hampir lupa akan kewujudan dia, tiba tiba plak dia boleh muncul. Dari mana dia datang aku pun tak pasti. Yang aku tahu, aku nak sangat berjumpa dengan dia. Maklumla dah lama tak jumpa dan tengok dia. Perasaan ingin berjumpa yang tinggi akhirnya telah menemukan kami...hehehe. Bila dah jumpa, banyak kali jugak la aku keluar dengan dia. Dalam banyak tu, belum sampai 10x pun lagi.. Dan di pertemuan ni aku dapat tahu bahawa dia dah putus hubungan dengan awek dia yang dulu tu. Bayangkan, aku dnegar dia dah siap nak masuk pinang awek tu, tapi last2 tak jadi. Entah kenapa, nak korek lebih2 takut  nanti tak pasal2 kena marah dengan dia plak..

Tapi, tak lama kemudian dia menyepi lagi. Macam chipsmore betul lah mamat nih. Aku cari dia tapi tak dapat, dah duk cari2 tak dapat aku malas lah nak berusaha lagi. Diam je lah. Dan kini, dia muncul kembali. Tapi gaya dia, cara dia layan aku, dah tak macam dulu. Kiranya sekarang macam, tah la susah nak terangan dengan jelas macam mana....huhu.

Bila dah jumpa ni, aku rasa selesa plak berbual dengan dia. Kebetulan pulak kehadiran dia pada saat aku dalam fasa perkelahian dengan kekasih aku tu. Walaupun layanan dia tak sama macam dulu, tapi tetap aku suka 'hang' dengan dia.

Dan akhirnya terbongkar cerita yang rupanya mak dia dah aturkan untuk dia langsungkan majlis pertunangan dengan kenalan mak dia kt, tarikh raya yang bakal menjelma nanti...huhu. Patut la, rupanya dah ada orang yang menunggu dia.Tapi dia ada cakap dengan aku, patut ke dia berkawin dengan orang yang dia rasakan tak berapa nak sependapat dengan dia, orang yang sukar memahami dia. Tapi kalau dia tolak atau tak terus kan niat mak dia tu, takut nanti dia dah tak jumpa perempuan lain dalam hidup dia. (padahal sekarang umur baru 25 thn)........

If i can turn back time, i will never say no when he ask me to go out...who knows maybe we meant togather. But i also never regret to what i have now....hehehe

Thats all...thanks for reading this.

Friday, 11 May 2012

CHARGER.......!!!

Assalammualaikum......

Fuhh.....terasa lama yang amat aku tak buka blog sendiri. Bukan setakat blog sendiri je, facebook, email semua pun tak dapat buka. Hujung bulan lepas aku balik kampung, masa duk mengemas barang barang nak bawak balik subang, boleh plak aku termiss nak ambik charger notebook kat dalam bilik. Terasa cam hampeh gila ah. Last last terpaksa la merayu dengan adik mintak dia tolong pos kan charger aku. Terasa meronta gila gila ah bila tak ada charger. Dan semalam baru dapat. Alhamdulillah...huhu

Masa balik kampung hari, aku ada banyak cerita yang nak di kongsikan, insyaallah ada masa nanti aku akan ceritakan. Baanyak sangat sangat dowwww...........huhu. Tapi bad news is my phone are 'sick' and all the photos of the story are inside the phone. uwaaaa........... Later i will just write without the picture. Home people still like it okehhh.......

Got to go noww!!!!