Tuesday, 16 May 2017

Perempuan dan Kecantikan

Hai....

Lama aku tak mengarang dalam blog ni...nak kata busy tak busy sangat pun. Nak kata tak ada idea, macam berlambak lambak idea dan cerita yang nak dikarang..satu je punca nya, tak lain dan tak bukan sebab malas. hihi...lagi sekali aku ulang sebab malas...

Langsung tak sinonim dengan tajuk, kecantikan. Kecantikan dan kemalasan memang langsung tak sesuai jalan seiring pun. huhu..kalau tak cantik lepastu malas pulak, hurmmm tak tahu la nak cakap ni spesis orang ke apa kan...
Ya lah, rajin dan cantik ni memang perlu jalan bersama. Gerak bersama, kalau cantik tapi malas, lama lama orang dah tak pandang yang ko ni cantik dah, yang malas tu akan over shadow kecantikan tu.
Dan selalunya jarang pulak cantik tu nak over shadow orang orang yang malas ni. faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...hihi
Diri sendiri cakap kepada diri sendiri memang la faham cik bedah oiii..tak payah nak poyo tanya faham ke tak.

Aku ni, sifat malas tu kadang jalan seiring dengan cantik. Sebab tu la sampai sekarang ni belum pernah lagi aku cantik. sebab malas sentiasa menguasai diri. Sifat malas tu sangat tinggi kot. Tapi ada hati nak cantik jugak.

Lumrah la kan...setiap wanita yang normal mesti la nak cantik, langsing dan cergas. Kalau boleh dapat tiga perkara utama ni, memang dah complete dah hidup korang tu.
Tapi percaya la, semua wanita dah sememang nya dilahirkan dengan kecantikan yang tersendiri, cuma bergantung pada kita macam mana kita nak kekalkan kecantikan tu, atau nak improve kecantikan tu supaya kekal dan sentiasa terjaga.

Kalau tak percaya yang semua wanita ni cantik, cuba pergi tengok budak budak perempuan yang umur 2 3 tahun tu...masha allah, cantik sangat sangat kan. dengan kulit halus, muka innocent, senyuman menawan. Tapi makin meningkat usia, makin berubah dah tu semua. Dan rezeki bagi mereka yang kalau tergolong dalam kalangan ahli keluarga yang memang mementingkan aspek kecantikan dalam kehidupan mereka. Contoh macam jaga penampilan, pemakaian, pemakanan, tuturkata yang elok dan perangan yang ala ala princess gitu. Kecantikan budak perempuan tu macam akan terpelihara dengan ssendiri nya. Dan bila dah meningkat dewasa pun budak tu dah tak payang susah susahkan diri untuk belajar penampilan diri ke apa ke. Sebab dari kecik dah pernah terdedah kan.

Agak jauh beza kalau nak bandingkan dengan budak kampung yang baru nak up. Bukan nak kata yang mak pak budak kampung ni tak jaga aspek aspek kecantikan tu semua. Ada je yang ikut gaya aspek kecantikan macam tu, tapi dalam keadaan yang terhad la. Dah orang kampung, yang kerja utamanya kerja kampung, tinggal dalam suasana kampung, persekitaran membesar di kampung...jadi kecantikan tu agak kurang terpelihara la...hahahaha. Kira macam cantik asli, cantik semulajadi tapi tiada peningkatan pada kualiti.

Aku kalau tengok orang cantik ni, memang time tu jugak start berangan nak jadi macam tu. Kadang siap beli produk kecantikan la apa la. Tapi last last malas punya pasal, semua tu kelaut jugak akhirnya.
Kalau kita ada keinginan yang tinggi tambah pulak rajin dan memang bekerja keras untuk jaga penampilan...insha allah pasti akan berjaya. Tapi kalau buat cincai cincai macam aku ni, dalam camera 360 je la aku mampu nampak cantik...hahhaha

Sekarang terserah pada diri sendiri. Makin meningkat usia, makin sedar yang penampilan diri tu penting jugak sebenarnya.
Jadi sekarang konon konon nak memelihara apa yang ada ni, aku gagah kan jugak diri ni amalkan beberapa produk dan kena kekal rajin sentiasa, tu pun kalau nak ada hasil la...




No comments:

Post a Comment