Tuesday, 16 April 2013

SAYA CINTA KAN AWAK

Dear DIA....
 
Saya cintakan awak. Cinta yang sangat mendalam telah tercipta untuk awak. Biar pun macam macam dugaan yang datang, rasa cinta saya untuk awak tetap ada. Cuma kadang kadang rasa cinta tu ada masa nya pasang dan surut. Tapi tak pernah padam, dan saya tak akan biarkan rasa cinta tu padam biarpun cuma untuk sesaat.
 
Saya hidup kerana cinta, dan saya akan terus hidup untuk jaga cinta. Semoga cinta yang lahir ini diberkati oleh Yang Maha Esa. Dilindungi Oleh Yang Maha Kuasa. Dan di redhai oleh Allah s.w.t.......
 
Susah senang saya tempuh hidup ni, saya janji tak kan mensia sia kan awak dan janji tak akan biarkan awak kesunyian tanpa saya. Saya berharap untuk menjadi peneman hidup awak hingga ke hujung nyawa kita. Dengan izin dari Pencipta Yang Maha Agung...Insya Allah.
 
Semoga kita memiliki rasa cinta yang sama, rasa cinta yang tak akan padam dan akan terus membara dalam hati kita. Saya berharap kita mampu untuk sama sama melayari kehidupan mendatang bersandarkan pada rasa cinta antara kita. Cinta adalah segala gala nya untuk kebahagian. Rasa marah, benci, dendam akan tetap wujud dalam hati kita. Tapi dengan ada nya rasa cinta, tak mustahil persaan yang tak sepatutnya itu akan hilang.
 
Saat cinta membara, semua indah dan berseri. Kita semua pasti sedar, tak semudah kata untuk memastikan rasa bahagia kekal selama lama nya. Kita hanya mampu merancang, tapi ada penentu untuk setiap kejadian. Jika sudah ketentuan nya begitu, tiada apa pun mampu mengubah nya. Tapi kita harus yakin, jika kita berusaha sedaya upaya, doa dan tawakal supaya apa yang dirancang boleh di teruskan, Insya Allah dengan izin dari Yang Maha Agung, kita mampu meneruskan apa yang telah dirancangkan itu..
 
Cinta sebenar tak selalu nya indah. Tak selalu nya cerah dan tak kan selalu nya bahagia. Pasti ada onak duri yang mendatang, sama ada untuk mematang kan kita, meguji kita serta mematah kan kita..semua terpulang pada pemikiran dan penerimaan masing masing....
 
Bagi saya. Cinta saya tetap untuk dia. Selama nya akan tetap untuk dia. Dan hanya lah untuk dia. Saya sangat pasti tentang cinta ini. Dia milik saya, biar pun dia bukan milik saya yang hakiki, tapi hakikat nya saya hanya mahukan dia untuk jadi milik saya. Jika takdir yang pisah kan saya dan dia, saya terima seadanya, tapi saya janji akan berusaha sedaya upaya untuk pasti kan perkara itu tak ka terjadi antara saya dan dia. Kerana cinta saya untuk dia..teramat. Noktah!....
 
Kali ni, biarlah satu dunia tahu cinta saya untuk dia..
 
 
 
p/s: sebenarnya mood tengah serabut sebab kantoi.....adeiiii.

Saturday, 13 April 2013

FIGHT FOR NOTHING!!!

FIGHT FOR NOTHING!!!
 
Arghhhhhhhh...
Tengah stress dan rasa serabut semacam je...
Susah kalau hidup dengan orang sekeliling yang tak pernah nak paham akan diri kita nih. Lagi lagi bila melibatkan orang yang paling dekat dengan kita. Kadang kadang kita selalu anggap yang orang paling dekat dengan kita adalah orang yang paling memahami kita. Dan kadang kadang jugak kita mengharapkan yang hanya orang tertentu sahaja mengerti siapa kita, tahu kemahuan kita dan memahami siapa kita yang sebenar.
Dan kadang kadang tak semua yang kita harapkan itu berlaku. Orang sekeling dan yang paling rapat dengan kita, kadang kadang boleh menjadi seseorang yang betul betul memahami diri kita. Tapi tak kan selalu nya begitu. Akan ada ketika yang boleh kita rasakan bahawa kita ini sebenar nya asing dari kehidupan mereka. Biarpun mereka adalah golongan yang paling rapat dengan kita, kadang kadang mereka tetap juga akan lupakan kita dan sukar mengerti kehendak, kemahuan serta keinginan kita.
Lumrah alam...tak kan ada seorang pun yang akan betul betul mengerti dan sangup untuk mengerti dan memahami diri kita ini. Hanya kita yang mengerti siapa diri kita yang sebenar. Apa kemahuan kita yang sebenar.
Dan ianya lumrah juga untuk kita merasa memiliki seseorang yang mampu mengerti kita.

DOORGIFT.......Cake & Cookie in a jar

Salam...
Sekarang ni kepala otak duk fikir macam macam persiapan untuk majlis aku nanti yang tarikh nya masih belum lagi dikenal pasti..
Tarikh pun tak tahu bila, tapi otak dan fikiran sibuk sibuk je duk cari idea itu ini untuk majlis nanti...huhuhu. Tapi tak ada salah nya kalau kita buat persiapan dari awal awal lagi..(bajet macam la dah ada benda yang dah di buat, padahal asyik duk survey kt tenet je pun...)
Sekarang tengah mood mencari apa doorgift yang bakal diberikan untuk para tetamu kehormat saya nanti...heee. Sekarang macam tengah trend orang D.I.Y barang barang door gift, untuk jimat serta menunjukkan kreativiti masing masing.
Penah fikir nak bagi je manik tasbih, pastu letak kat dalam kotak comel comel. Tapi bila kira kos balik, agak mahal jugk. Yalah, kos kotak + manik tasbih tu dah berapa. Tapi kalau mampu buat dan bagi kat tetamu

Aku ada tengok tengok kat tenet, paling murah pun boleh dapat RM2. mahal tu...huhu. Yalah RM2 x 1000 kan dah jadi RM2000. Tak ke mampos poket aku nanti...Jadi, pemberian tasbih sebagai doorgift dibatalkan.
Kemudian terfikir lagi nak buat custom yasin...lepas dah survey tengok tengok design dan contoh contoh yasin yang dah di custom kan.....memang cantik sesangat lah. Paling murah boleh dapat RM2.50 untuk satu. Kalau nak murah ada je, tapi yang dah di print dengan design mengikut cita rasa tuan cetak...huhuh. Tapi nanti korang boleh la letak chop guna stamping nama korang yang di tempah khas dekat kedai. Tapi stamp ni agak mahal jugak kalau nak tempah... iiiisehhh. leceh lah sini mahal situ mahal. Tapi...tapi...yang mahal mahal macam nih sesuai la untuk diberikan kepada para tetamu kehormat merangkap VIP...heee.

Last last, dapat idea nihh....aku bercadang nak bagi jar. Hari tu dah survey dekat nilai 3. Tempat dimana segala macam barang barang perkahwinan untuk bakal bakal pengantin rambang mata... Boleh dikatakan kesemua kedai kat sini menjual barang barang yang bersangkut paut dengan majlis perkahwinan. Memang tak rugi la kalau datang sini. Tak percaya datang lah, mcam macam ada dari yang sekecil kecil barang sampai la ke sebesar alam, semua ada...gempak kan. (ter over gambaran pulak..heee)
Jar yang aku jumpa kat sini, memang murah. Satu jar dia jual RM1.20, tapi kalau beli borong 500 ke atas boleh dapat RM0.60..murah kan...Tu jar yang simple macam ada jual kat ikea tu...bulat comel comel. Tapi kalau nak yang cantik sikit, belian borong boleh dapat RM0.80. Masih dikira murah lagi, sebab yang ni design nya cantik...(sorry tak ada gambar nak tunjuk).
Tapi, penah gak aku baca kat blog yang bagitau dekat Puchong sana ada jual jar yang murah. Tak silap aku, kalau beli borong banyak banyak boleh dapat RM0.68 sen, jar bersaiz 200ml (kalau tak silap aku la). Nama kedai tu Quality Pack...nak tau lebih lanjut sila merajinkan diri mengoogle kay...
Back to my story....Lepas dah decide nak bagi jar, sekarang masa nak decide apa isi dalam jar pulak..heee. Ok, mula mula rasa nak buat macam kek dalam jar. Cantik sangat sangat. Dengan warna yang berselang seli memang nampak cantik dan menarik untuk dimiliki. Dan yang penting, lain dari yang lain.. Yang ni penting..hee.



Semua gambar diatas adalah hasil dari menciplak di internet...huuhu. Cantik kan. Sangat tau...Memang suka gila. Tapi masalah nya, kalau nak tempah mahal nih..Kalau nak buat sendiri pulak, makan masa yang teramat lah...Nak kena isi dalam seribu jar kot...pengsan la baru siap..

Dan kemudian terfikir pulak alternatif lain....Letak je biskut, lagi senang mudah dan praktikal..kan kan...Biskut boleh la aku baked dari awal lagi..Biskut boleh tahan lama kalau nak bandingkan dengan kek. Mungkin dua bulan sebelum majlis dah boleh baked...(bab merancang memang terbaikkk...bab nak laksana tu yang kureng sikit..hahhaha)


Haaaa..........Letak biskut macam ni kan cun gak. Pastu deko deko sikit jar tu kasi nampak lagi menarik..

Yang kat bawah ni pulak macam nak buat bagi hadiah kat kawan je...huhuhu. Nampak cantik.


Tapi persoalan nya sekarang nih.....Rajin kah saya untuk melaksanakan perancangan tersebut???.....
Tunggu dan lihat je lah apa kesudahan nya nanti....



p/s: sambungan kepada cerita ni ada disini RUJUK SINI