Saturday, 30 March 2013

BAJU PENGANTIN 2013

BAJU PENGANTIN 2013

SALAM..

Sekarang ni tengah fening fening kepala duk fikir tentang majlis kahwin plak. Bila tengok senarai persediaan untuk kahwin.....bapak banyak gilaaaa kot!!
Aduihhh....memang stress yang amat amat lah kalau nak follow semua ikut trend sekarang nih. 

Kena pikir tentang tema, gaya, warna pelamin. Design pakaian pun nak kena fikir gak. Pakaian masa nikah, sanding, bertandang, bla bla bla.
Kena fikir tentang Door gift jugak.
Photoghapher pun nak kena take into consideration jugak, yang ni tak leh sambil lewa sebab takut nanti dapat memori yang tak cun...huhu

Tapi, big thing for big day is all about MONEY...
MONEY....
and
M.O.N.E.Y

Dan yang boleh tambah kan tahap kepeningan kepala hotak ni lagi, bila fikirkan tarikh yang sesuai untuk langsungkan majlis tu nanti.
Aku nak tarikh tu, dia nak tarikh lain. Orang tu tak nak tarikh aku, orang ni tak nak tarikh yang satu lagi....dah tu??? 
tak payah kawin..ishhhh 
Pening sangat, lagi 5 bulan je majlis (insya allah majlis bulan August nanti)
tapi satu benda pun tak buat lagi. 
Teruk betul...ni semua gara gara terpengaruh dengan dia lah yang tak suka buat persediaan awal awal, kan sekarang aku dah berjangkit dengan perangai dia.
Tapi perangai nih tak boleh berlarutan sebab, yang susah nanti aku. Yang kalut itu ini tak settle pun aku jugak...dia senyum aje tengok aku kalut..sabar je laaaa... 

Tapi dalam diam diam ada jugak la aku intai intai sana sini tengok pelamin, baju, veil, tema dan sebagainya. Survey je dulu tengok mana yang berkenan dan tak payah keluar duit banyak banyak...
Nak buat gempak tapi nak jimat duit. Nak cantik cantik tapi tak nak bayar mahal. Nak buat itu dan ini tapi tak nak nati pokai di kemudian hari...hehehehe. Menyampah kan kalau yang dengar tu adalah mak andam atau siapa siapa lah yang berkainan dengan industri perkahwinan nih...huhu.

Ni nak share sikit baju baju yang menambat hati kalbu aku. Buat masa sekarang lah. Mana tau esok lusa minat dengan design lain pulak. Sekarang ni trend cepat berubah. Nak follow memang tak mampu lah, tapi sekurang kurang nya tak ada la tertinggal jauh di belakang..huhu


Buat design macam ni untuk majlis akad nikah..memang gojes gilass lah..agak agak berapa fulus untuk ini...hmmm


Dress yang macam ni pun cantik menarik tertarik gak kalau pakai masa akad nikah...kan kan...

Yang ni design macam ni pun cun jugak, tapi tang bunga tu kureng sikit, tapi tapi...kalau tukarkan dengan manik cun lah...

Yang ni pulak, kalau tambah lagi manik manik mutiara kat atas bahu tu mesti lagi gempak dan cun...huhu

Dan sebenarnya aku masih lagi buntu design macam mana yang aku suka dan nak buat untuk majlis aku nanti... Dan sebenarnya design tu semua adalah bergantung dengan mak andam, dan butik pengantin yang aku pilih nanti...
Selalu nya, pelamin, make up dan pakaian adalah termasuk dalam satu pakej....
Jadi amat lah susah untuk buat keputusan yang boleh memuaskan nafsu keglemoran aku nihh...hahahhhah
Ada yang sediakan pelamin yang cantik dan menepati pilihan hati, tapi bab make up macam fail pulak.
Ada yang make up serta pelamin vouge, tapi bab pakaian tak best pulak...
Aduiiii.....susah betul lah
Tapi sebenarnya kalau nak senang dan memang memuaskan hati, nafsu dan sanubari, tempah je asing asing baju dengan orang lain, pelamin dengan butik lain, make up dengan mak andam lain...Dan upah photoghapher pun dari yang pakar.......
Mampu kah?? Berbaloikan?? dan Perlukah itu semua???
Tepuk dada tanya selera dan kemampuan, sebab jiran sebelah rumah tak kan datang tolong hulurkan duit beriben riben untuk bantu....
hehehhhehe..



Sekian....


Friday, 22 March 2013

Majlis Pertunangan Saya - Part 4

Assalam.....
Entry kali ni still nak sambung cerita tentang majlis pertunangan aku tempohari...Banyak nak share, nak cerita, nak bagitau...hehehehe. Tapi tak semua jugak la yang akan diceritakan. Kan nanti ada yang meluat serta menyampah pulak dengan tayangan perdana majlis pertunangan aku tu.. Maklum la, orang ni kita susah nak duga. Cehhh buat ayat simpati pulak, macam la aku ada musuh dalam selimut. Tah apa apa lah yang aku taip nih...

Back to story k...pasal hantaran aku tempohari, plan asal nya nak buat 5 balas 5, maklum la nak berjimat tak nak keluar duit lebih. Orang cakap masa tuning ni just bagi hantaran barang barang makanan je. Tapi tak kan la semua 5 dulang nak bagi makanan., macam tak best pulak...huhu.
Untuk sediakan hantaran aku refer dengan nenek saudara aku. Sebab dia lebih arif dalam penyediaan barang barang hantaran bagai nih. Bila cakap nak buat 5 balas 5, dia pulak cakap kena buat 5 balas 7 la baru ikut adat. Pulak dahhh.. Jadi perempuan kena sediakan tujuh hantaran untuk lelaki, kemudian pihak lelaki akan balas 5 hantaran untuk perempuan. Tapi kalau nak ikutkan kat Kelantan, tak banyak pun buat ikut adat macam tu. Selalunya orang balas sama banyak, baru la adil dan saksama...kan kan.
Last last aku sediakan tujuh hantaran.

1. Pulut kuning

2. Kek

3. Chocolate


4. Buah

5. Sejadah

6. Bunga rampai + cincin

7. Kemeja & Kain pelikat


Kebanyakan barang barang tu di sponser oleh mereka yang baik hati, tolong ringan kan beban aku..huhu. Aku Cuma beli cincin dan kemeja..kedekut kan.hehe.

Belah dia mula mula cakap nak bagi 5 je, tapi last minit dapat tahu dia pun balas 7 jugak...adil la kan.

1. Pulut.

2. Kek

3. Chocolate

4. Cincin

5. Buah

6. Tuala

7. Kain baju kurung

Bukan niat nak menunjuk or what so ever, just for sharing and storying...hahhaha. apa apa je lah.
 Yang belah kiri dari lelaki dan yang sebelah kanan pulak dari belah perempuan.


Semua hantaran pun barang simple simple je. Bajet nak buat gempak, tapi dah kene remind awal awal dari nenek saudara aku. Dia cakap kalau nak lebih lebih tunggu nanti kawin.. Baik la ciksu, i follow aje...huhu.

okeh...sekian.


Thursday, 21 March 2013

Majlis Pertunangan Saya - Part 3

Assalam...
Entry kali ni nak cerita tentang majlis pertunangan aku yang dah lepas tu (1 March 2013 @ 1.3.13...cantik tak..hehe).
Sebenarnya tak banyak cerita pun yang nak di share kan. Sebabnya bila ingat balik masa majlis tu belangsung rasa macam nak ketuk ketuk je kepala adik aku dua orang tuh. Time majlis tu, tak ada sorang pun wakil dari keluarga aku yang tolong ambik kan gambar guna camera. Semua pun pakat duk snap guna henpon cap ayam.... Boleh plak adik aku bagi alasan yang dia lupa nak cas bateri camera. Dah tu bagitau aku lepas majlis dah berlangsung. Tu pun bila aku tanya kenapa aku macam tak Nampak diaorang ambik gambar aku. Aku dah pesan awal awal dah, lagi pun tak kan la boleh tak perasan lagi yang aku memang betul betul akan bertunang pada tarikh tersebut...hampeh gila alasan.

Ni nak cerita bab mini pelamin aku je lah....huhu. Kot2 la ada yang nak buat rujukan. Bajet macam la mini pelamin aku punya tu gempak sangat. Perasan je lebih. Tapi walaupun ia nya tak segempak seperti yang di harap harapkan tapi oleh aku, tapi aku puas hati sangat sangat dengan hasil nya serta kos penghasilan nya. Tu yang penting. Ingat tu, KOS... ya puan puan sekalian.
Asal nya aku nak mini pelamin aku macam yang tertera kat dalam gamabar kat bawah nih. Nak yang pakai kerusi...memang cun gila ahh. Yang ni baru la betul betul gempak.


Bajet nya nak D.I.Y je buat macam ala-ala mini pelamin dalam gambar tu. Tapi bila survey survey harga kerusi untuk sewa, punya la mahal. RM200 dan keatas hanya sewa kerusi sahaja. Tu belum campur dengan make up lagi, darab dengan bunga bunga serta hiasan mesti la cecah empat lima ratus jugak. Ohhh saya tidak sangup untuk belanja kan wang sebanyak itu... Tapi mak aku ad offer nak sponserkan mini pelamin untuk aku kalau aku setuju dengan pilihan dia. Masalahnya mini pelamin tu gempak gila kot, takut nanti orang kompius ni kawin ke tuning..heheh. Tapi bila fikir balik, macam rugi pulak tak terima je offer yang mak bagi tu...haihhh. Tak pe mak, simpan duit tu untuk sponser pelamin kahwin nanti ye...hehe
Mak aku cakap susah susah sangat pakai je sofa yang ada kat umah tu. Hahhaha..nak meraung aku bila dia cakap macam tu. Tak sangup lah guna sofa. Last minit cadangan, mak aku pergi sewa dengan mak andam.(.ehh jap yang make up tu bukan pompuan jadi gelaran mak andam adalah sangat tidak sesuai, mungkin bapuk andam kt..hehe. Jahat betul lah mulut minah ni kan. Tak baik tau suka suka hati bage gelaran macam tu kat orang. Dah laa dia dah tabor bakti kat kita dengan hasilkan solekan yang terbaik untuk kita..)


Majlis aku hari Jumaat, Khamis malam baru aku bertolak balik dari K.L ke Kelantan. Sampai umah dah pukul 6 am memang terbaik lah. Tak nak apply cuti punya pasal. Segala macam urusan untuk majlis aku serah kan mak adik dan ayah untuk tolong aku...huhu. Dah sampai je umah ni la rupa bakal mini pelamin aku...nak nangis tengok. Mata yang ngantuk bila tengok terus dah cerah balik, mata aku tak puas hati tengok rupa mini pelamin tuh..Jadi aku pun berhempas pulas lah berusaha untuk menyiapkan nya mengikut kehendak aku sendiri.



Simple kan...tapi not bad la hasil kerja dalam masa tak sampai setengah hari pun untuk siapkan semua tu. Kain tirai warna purple dan putih tu aku dah beli awal awal lagi. Murah je semester RM2.80. Tak sampai RM50 pun untuk tirai tu. Pastu mintak adik aku tolong buat kan bantal kecik kecik tu 6 biji. Pastu bunga, bantal, serta besi ala-ala pintu gerbang tu mak aku sewakan dengan bapok andam tu. Kos sewa termasuk make up Cuma RM150 je... Tu pun lepas aku suruh mak pujuk sampai dapat best price..hehe. Mak aku cakap aku nah banyak songeh, nak cantik tapi tak nak keluar duit lebih. Bijak atau kedekut...hehehe.


Sekian....
ehhh jap...layan lagi beberapa gambar ni ye.


Nanti cerita pasal majlis dan hantaran pulak ya..

p/s: all picture was taken from henpon cap ayam...