Thursday, 22 November 2012

DURIAN CREPE





Assalammualaikum.......

Sekarang tengah rajin mengarang dan memasak, jadi apa lagi update blog lah..huhu.. Hari ni tiba tiba ada mood durian plak, jadi layan aje nafsu selera yang membuak buak nak makan durian. Tak guna punya adik laki aku, semalam tetiba send msg kat aku yang berbunyi ''fuhh..pekena pulut durian boh'' mau tak bengang aku dengan dia. Sengaja nak buat kakak dia nih terliur sampai termimpi mimpi dapat makan durian. Siot je budak nih...
ni la rupa pulut durian yang menyebabkan aku telan air liur je..huhu. durian yang dimakan bersama pulut, dan berkuah kan santan kelapa. sedap sangat.

Kebetulan pulak time lunch tadi akak tempat kerje aku duk bercerita tengang fenomena makanan baru yang femes serta meletop letop sekarang nih....Durian crepe..huhu. Sebenarnya aku macam pernah dengar kuih nih, tapi belum pernah selidik asal usul kejadian crepe durian nih. Balik kerje terus menuju ke gerai jual durian.. rembat la beberapa biji.
Aku nih hantu durian, memang suka gila makan durian. Tapi, walaupun aku pengemar durian yang tegar, taste aku agak rendah sikit. Maksud aku, bagi mereka penggemar durian, mesti suka makan durian yang besar besar yang warna kuning ala ala warna emas tu, xsilap aku D24 kt, tah aku tak tau. Tapi aku pulak xsuka yang tu, setakat merasa boleh lah, tapi kalau nak makan sampai sebijik durian D tu memang tak la kot. Tak begitu menarik perhatian taste bud aku, better durian yang kecik kecik comel comel tu..haaaa yang tu aku suka, durian kampung yang tumbuh kat dalam hutan atau bukit bukit, sedap tak terhingga u....huhu. Orang suka yang mahal mahal tapi pulak layan durian yang dijual selonggok rm10...hahhhaha.

RM10 je...berbaloi baloi sebab sedap..nyumm2

Ok back tu kuih... Meh aku tunjuk aksi aksi yang berlaku semasa proses pembuatan ini Durian crepe. Bagi pandangan aku la, benda alah nih sebenarnya macam ala ala roti jala, tak pun macam kuih ketayap tu, cuma inti kepala dalam kuih ketayap tu diganti kan dengan inti ala ala moden sikit, ada inggeris fusion lah katakan...sebab digantikan dengan whipping cream tak pun pastry cream pastu campur dengan fresh durian yang dah dikupas isi.

3 watak utama dalam cerita crepe durian...1. lempeng atau pastry. 2. whipping cream, sepatutnya diputer hingga bertanduk, tapi aku tak ada mixer jadi aku buat inti cara aku sendiri. 3 atak terakhir dan terpenting ofkos la derian mek oiii,,,huhu



Terbalik kan kulit luar kuih tu, letak inti sebelah yang ada kesan hangus. Masa masak kulit nih, tak yah terbalikkan masak satu side je, jadi side yang kat belah atas akan nampak cantik dan licin serta mengiurkan mata memandang..huhu.
Dah masuk inti kemudian nak gulung ke lipat ke kuak lentang ke joget berirama ke...suka hati lah.

Waaahhhh...........nampak tak inti crepe durian kat dalam tu. Sedap. Tapi ilustrasi adalah sangat tidak cantik. Ini kerana itu percubaan pertama. Dan entah sama ke tidak dengan yang crepe durian yang ada di jual di pasaran. sebab aku tak pernah nampak atau beli pun lagi benda alah nih....hahhaha

Ni la hasil setelah bertungkus lumus di dapur...Buat ni pun sebab mak buyung kat ofis request nak merasa. Jadi aku dengan bangga serta tekun menyiapkan nya hingga bersekang mata update kat blog sebab nak show off punya pasal...hahhahaha.

ok lah...selamat mencuba.

p/s: aku memang hantu duriantegar, tapi bila durian di olah bertukar rupa tidak seperti durian yang lahir dari pokok, tekak aku nih tak berapa nak terima kehadiran nya dalam mulut aku...tahhapahapaakumelalot...huhu

Wednesday, 21 November 2012

WEDDING AND DRESS


Assalammualaikum....

Being so long im not writing, its not that my passion on cakap cakap sorang sorang sambil tangan enterprate kt blog dah berkubur, cuma sekarang nih sibuk menyusun masa depan yang masih berterabur. Masa depan aku sekarang nih dah berterabur macam bilik yang di penuhi dengan kain baju yang berselerak di merata rata tempat...perumpamaan yang macam tak berapa nak best =)

Sekarang dah masuk hujung tahun 2012, kt facebook tu banyak pulak kawan kawan yang invite ke kenduri kawin mereka akhir tahun nih. waaaaahhh.........bahagia nya mereka mereka yang bakal akan atau 'sedang' berkahwin itu...heheh.... Aku pun nak kawin jugak, tapi sampai sekarang pun masih belum ada yang masuk meminang...Adoiiii....kesian betul minah nh. Tak laku le tuuuu..... =(
Perasaan cemburu dengan kawan kawan yang bakal berkahwin serta bakal bertunang, tidak lupa juga kepada mereka yang telah, tersangat sangat lah menebal. Makin hari makin tebal waaaoooo. Tapi apa boleh buat, sabar la belalang kupu kupu ya...

Ni sebenarnya bukan nak cerita tenteng majlis kahwin. Langsung tak ada kaitan dengan katering untuk majelis kawen ke, photo shot kawen ke, pelamin sanding ke...tak ada kaitan ya. Cerita ni mngenai kegilaan aku sekarang. Yang nh bukan gila crazy ek...ni minat. Dua perkara yang berbeda jauh sekali gila dan kegilaan akan punyai maksud yang sama..........hahhaha.

Da la melalut panjang, sampai masa nak menunjuk @ show off plak...Biasa lah, i kan suka bab bab show off and gedik gedik nih.. =)

Kalau pergi kat kenduri kawin, ada dua perkara je yang menarik perhatian mata aku untuk terus terusan memandang dengan keluasan se maksima mungkin. Ambik kau, memang suka gila tengok benda ni lah. PERTAMA...suka sangat tengok hiasan hiasan pelamin. Mesti aku akan duk tilik sepuas puas hati, pastu orang sebelah akan jadi mangsa kena dengar aku duk komen itu ini. Dan paling teruk, orang sebelah terpaksa tadah telinga dengar pelamin angan angan aku...hahhaha
KEDUA....Aku suka tengok pakaian pengantin serta pakaian para tetamu yang hadir di majlis tersebut. Ada je tetamu baru sampai mesti aku tilik pakaian mereka. Kalau jumpa yang bekenan mata memandang serta memikat hati, memang patpolohpatkali lah aku akan pandang orang tu..serius cakap lu, wa memeng pantang tengok orang cantik, kalah lelaki tengok awek mantap lalu depan mata. Fikir sendiri lah macam mana tahap mata aku memandang orang orang cantik ini..huhu (tapi aku bukan lesB k).

Sekarang mungkn tak ramai yang akan pakai dress untuk pergi ke majlis kenduri kawin. Ya lah, sekarang trend baju kurung memang mavelos u!!! Inspirasi ala ala Jovian gitu (bila la agak nya nak merasa pakai baju macam tu ek...tepuk dahi fikir sendiri).

Awal bulan lepas aku pergi kenduri kawin sepupu aku dekat Perak. Punya la jauh dari KL , tapi sanggup gak p semata mata nak tengok 2 kegilaan aku tu..huhu.
Taadaaaa......Dress yang aku pakai. Tetiba diri terasa macam anggun menawan  cantik melecun plk . (perasan dowhh)

Lepas tu terus perasaan membuak buak nak beli lagi banyak Dress nak buat koleksi pulak. (Bajet nak pakai masa keluar berdating dengan en.hubby saye)..hehe. Kebetulan kawan aku pulak ajak temankan dia cari baju untuk dipakai masa majlis tunang dia nanti. Tempat yang dituju adalah.... Masjid Jamek dan Jalan TAR. Serius nak bagitau korang, memang best sangat sangat kalau korang ada perasaan nak pergi beli jubah, dress atau tudung. Memang banyak sangat pilihan yang cantik menarik tertarik dan memang the boom lah sebab murah murah.
Bayangkan kat sana boleh dapat dress atau kaftan dengan harga bawah rm50. Kalau korang tengok kt mana mana blogshop atau fb page yang jual dress, susah nak jumpa yang murah. Lagipun, pakaian nih tak ada jenama (contoh nak jam sinonim dengan fossil, nak bag sinonim dengan guess, nak jean sinonim dengan levi's, nak dress?? takde sinonim nya, (ada la jgk mcm forever21, cotton on, tapi orang macam aku nih tak mampu beli yang tu, 1 2 helai bolh la, jadi baik la beli yang murah murah je dapat jimat duit, kalau tak dapat jimat duit 2 3 ratus, tapi sekurang kurang nya kuantiti yang kita dapat tu berbaloi baloi...huhu)

3 helai dress nih tak sampai seratus pun..baru rm90. jimat kan kan kan.....
Sekarang tengah fames trend tudung selendang Half moon, ala ala tudung sakura dari Radiusite tu. Kat sana korang boleh dapat tudung tu dengan harga cuma rm28.90 je kalau nak banding kan dengan butik yang berharga rm60-70 tu...Setakat nak pakai pergi jalan jalan beli yang murah pun berbaloi beb...

Yang nih dalam rm70-80 mahal kan..tap aku suka =)


yang ni cantik.


Yang nh pun cantik jugak =)

Motif utama aku adalah selamat membeli beli di Masjid Jamek dan Jalan TAR. Serta SELAMAT PENGANTIN BARU kepda bakal bakal pengantin........Amin.


p/s: pakai dress g wedding cun gak kan..tak ramai yang pakai, cnfm orang akan pandang korang. Dah memang kalau pergi kenduri nak berhiaskan..so berbaloi lah..hehehe (riak betul minah ni kannn...)