Friday, 29 June 2012

KEK COKLAT + whipping cream


Assalammualaikum....

Hai, its been so long im not post any entry at this web page. I do have lots story, but each time i wish to typo my mind will refuse to work!! Then, just clicking here and there searching for nothing on other web page... apa yang dibebelkan cnfm yang baca ni xfaham. Tak kisah lah........

Dari tajuk kat atas tu, entry kali ni bukan nak share tentang resepi cara nak buat kek coklat yang super duper marvellous tu, tapi nak share cerita di sebalik kejadian semasa aku proses kek tersebut..huhu

Kalau korang spesis penggemar makanan pemanis mulut nih, tentu dah selalu dengar tentang whipping cream. Untuk yang tak tahu apa itu whipping cream, bagi pendapat aku bahan di adalah bahan tambahan untuk mencantikkan serta menyedapkan kek-kek atau apa-apa pemanis mulut  yang korang buat. Selalunya pemanis mulut dari barat memang banyak pakai bahan ni. 

Oleh kerana aku nak buat kek yang sedap serta cantik, jadi aku pun beli lah whipping cream ni. Ni pertama kali aku nak guna bahan ni, dan pertama kali jugak lah aku kenal benda ni. Oleh kerana ni pertama kali, biasalah kejakunan pasti akan ada...hahhaha. Kat pasaray dekat 1 jam berdiri kat bahagian sejuk beku sebab duk fikir whipping yang macam mana sesuai untuk kek. Last nya, aku ambik yang dalam botol sebab bajet nanti senang nak guna, whipping yang boleh picit. 

Ni la rupa whipping cream tu. Lepas je siap bakar kek coklat aku, dengan perasaan yang tak seberapa nak sabar aku picit benda alah ni kat atas kek coklat aku tu.


See see .....cantik kan bila letak whipping ni as a topping on top of the cake. Bila dah nampak cantik, hati makin teruja nak picit lagi dan lagi...sebab nampak cantik dan gebu.. Tapi...........kalau nak tahu, rupa rupa nya whipping ni bukan spesis yang boleh tahan lama, dalam masa tak sampai 30 min je kek aku yang cantik macam dalam gambar kat atas tu berubah. Bila dah beubah, dah tak menarik hati lagi dah.

Kalau tengok kek yang ada rupa macam ni, agak agak masih ada hati nak makan tak?? sah sah lah appetite tu dah hilang. Cream tu buat aku rasa macam hampeh je... Bila dah jadi rupa macam nih, terus la merajinkan diri buat coklat topping siram kat atas kek tu.

Guna topping buatan sendiri lagi bagus lah berbanding kalau guna whipping tu dan kemudian bertukar rupa yang tak berapa nak cantik mata memandang tu...hahhaha

Kalau korang nak tahu, sebenarnya whipping cream yang macam kat dalam gambar tu lebih sesuai kalau guna dalam minuman. Selalunya ais shake atau pun ais blend. Tapi kalau guna sebagai inti kat dalam cream puff pun ok jugak, tapi tak boleh simpan lama lama lah sebab cream ni tak tahan lama, cepat cair. Cream ni jugak sesuai kalau makan dengan salad buah. 
Whipping cream yang paling sesuai untuk topping kek ialah cream yang ada jual dalam kotak tu, bukan yang dalam botol macam yang aku guna ni.....

sekian............

p/s: just for share

Tuesday, 5 June 2012

Cinta itu INDAH.....kah??

When people are in love, every moment they treasure  was so wonderful and meaningful. Its like no other word can ever describe all those feeling that they were been through. No other things in this world that can replace those moment. And they will saying that no other person that can take place all those feeling that they feel towards their love one. Talking about love are just a great thing to get arise. Thinking about love will be able to cure all the disease from the inside out. Love is such a powerful miracle to people who just got into it. With no doubt at all.

Hanya yang mengalami mampu merasai keindahan perasaan cinta itu. Bila perasaan cinta lahir dari lubuk hati, fikiran hanya mampu berkisar tentang perasaan cinta. Hanya tertumpu pada perasaan yang teramat indah untuk diselami oleh setiap manusia. 

okeh....sekarang bab membebel untuk luah perasaan tak puas hati pulak. Bagi aku perasaan cinta sangat komplikated untuk dihuraikan. Lagi susah nak hurai kisah perasaan cinta aku berbanding nak huraikan ikatan kimia antara molekul molekul zarah zarah atom atom yang wujud dalam subjek kimia...hahhhaahha

Masa bab mula bercinta, perasaan cinta bukan main rancak gila bebeh. Tahap gaban pun ada. Mana tak nya asyik duk mesej serta calling calling je memanjang. Konon nak sangat tahu apa yang si dia duk buat sehari hari. Teringin nak tahu apa aktiviti dia, apa dia makan, pakai, dan macam macam lagi lah. Tu masa awal percintaan lah.

Tapi bila dah lama lama sangat, mungkin perasaan dah mula hambar kt. Aku hairan lah, pelik teramat kenapa perasaan boleh berubah?? dan memang susah gila nak mampus nak baca tentang perasaan seseorang terhadap kita. Last last aku bajet sendiri tentang perasaan orang terhadap aku, atau dalam erti kata bahasa melayu yang lain jugak ialah syok sendiri @ perasan sendiri. Contoh macam, kalau tengah duk jalan jalan kat mall atau mana mana shopping complex, tiba tiba ada pakwe hensem lalu kat sebelah (pastu mungkn dia terpandang aku sebab aku halang jalan dia) terus perasan macam nih..........'waahhhh mamat hensem tadi tengok aku, mesti sebab dia terkasima melihat kecunan aku...hehehhe' Itu adalah antara contoh kepada situasi bila berlaku perasaan syok sendiri...hehhehehe

Bila orang tengah duk syok bercinta, perasaan saat saat itu adalah yang terpaling indah untuk di ceritakan. Tapi, kalau dah frust tertongeng tongeng tak ada makna nya nak menilai balik perasaan macam best tu. Last nya terpaksa buang jauh jauh dari lubuk hati, Terus tukar tajuk cakap cinta itu tak indah tapi buta serta menyakitkan hati. Padahal hati sendiri yang cari penyakit tapi suka suka salah kan cinta plak. Dah lumrah manusia lah tu. Tak ikut lumrah manusia nanti jadi lain cerita plak....

Jadi hanya yang merasai tahu dan boleh menilai sendiri keindahan rasa cinta. Tapi kadang kadang kenapa aku terasa macam aku sorang je yang rasa berbunga bunga bila berhubung dengan dia, sedangkan dia boleh bersahaja macam langsung tak ada apa apa yang berlaku. Memang hampeh tahap gila bengong dah lah bila keadaa macam ni menimpa aku. 

Tapi masih ada tapi lagi. Tak semua penghujung kisah atau kat dalam kisah cinta tu terselit perasaan atau situasi yang tak best yang macam selalu aku alami dengan pasangan aku ni. Mesti ada ramai je kat dunia luar sana yang alami kisah cinta yang teramat indah sepanjang zaman. Mungkin berkat dari Allah, maka rasa cinta antara mereka kekal hingga hujung nafas. Dan selama bernafas pun tak mungkin akan tercalit atau terselit kekotoran dalam perasaan cinta yang putih suci lagi murni tersebut.. Tu lah kuasa serta kebesaran Ilahi yang manusia memang sah lagi sahih tak mampu tandinginya..................

Pertengahan cinta kadang kadang tak seindah seperti saat saat permulaan. Dan sebagai usaha kita perlu sentiasa berdoa agar penghujung kebahagian yang diharapkan akan muncul dan bersinar seindah sinaran pelangi pagi...........(wujudkan pelangi pagi?? main tibai ajaaa......)

okeh...........sekian.

Friday, 1 June 2012

LONG TERM vs SHORT TERM - relationship

HAI.................

This story is all about love. A different acceptance of long term relationship versus short term relationship. some people may rely on long term, because time had showed to them everything about their spouse. But there still got some kind of people who rely on short term relationship. For them short time is not a big matters to think for, time can passed by and yet they still will be able to create their own way of relation with something that bond them together. Enough!!!!!!

Enough mean 'sila guna bahasa melayu lah pulak.hehhehe 
Saya nak kongsi cerita yang berkaitan perihal masa perhubungan antara pasangan. Saya nak bagi contoh contoh yang saya sendiri lihat depan mata lah.

Biasa lah, hubungan cintan cintun antara pasangan kekasih ada masa nya bahagia ada masa jugak duka ada masa jugak gembira ada masa jugak lara dan nestapa serta nescafe. Apa apa masa yang mereka pilih sekali pun, tu semua hal hidup mereka, jadi orang yang tak berkaitan sila jangan masuk campur. Kalau tak tau hujung pangkal tentang hubungan pasangan tersebut, macam mat salleh cakap kalau tak duduk dalam kasut dia, mana kita nak tahu apa yang sebenarnya mereka alami. (in their shoes).

Ada pasangan yang menjalin hubungan cinta yang agak lama. Bertahun tahun duk kapel dua orang tu je, tapi akhirnya boleh akhiri kisah cinta tersebut dengan sebuah perkahwinan. Tapi jangan tak tau pulak, ada jugak yang bercintan cintun dekat patpolohpat bulan (bersamaan dengan, kira sendiri 44 / 12 bulan), siap rancang majlis kawin bagai, tapi tup tap tup tap tali kasih sayang putus begitu je sebab ikat pakai tali rapia je (ada ke yang tak tau tali rapia tu ape?? lantak korang lah)

Mungkin bila masa perhubungan tu teramat panjang, sampaikan akhirnya meraka atau salah seorang dari mereka akan mula rasa hubungan sudah hambar, atau bosan dah duk layan karenah pasangan yang sama je dari mula kenal sampai lah sekarang dah bertahun tahun kenal. Atau mungkin ada sebab lain, contohnya selepas menjalin hubungan sekian lama akhirnya mereka mendapati pasangan yang selama ini di anggap sempurna rupanya ada kekurangan yang mereka sendiri tak boleh nak terima. Atau mungkin sebab tiada ikatan yang lebih kukuh dari ikatan tali rapia, jadi mereka mudah terputus dan mula menyambung tali rapia tersebut dengan tali lain yang mereka baru jumpa dan mendapati tali tu lagi kukuh, selamat dan stabil dari tali yang sebelum nya.. Tu semua kita tak tahu, sebab mana ada orang suka suka hati pergi cerita kat orang lain kenapa dia tinggalkan pasangan dia. Itu peribadi.. Tapi, at the end its all about Allah fate. Takde sape boleh ubah ketentuan yang ditetapkan Ilahi........

Panjang panjang huraian kat atas tentang hubungan yang telah lama terjalin boleh disimpulkan seperti berikut:
Long term relationship nih ada baik dan buruknya. Biasa la tu apa apa hal mesti ada kontra nya. Tak kan nak yang baik baik je.. Yang baiknya ialah, makin lama masa hubungan tu, makin banyak hal yang kita boleh selongkar tentang dia. Dan bila dah selongkar masa tengah sayang, kemungkinan besar masa tu kita dah boleh terima atau akan cuba terima dengan sebaik mungkin. Sayang punya pasal kan. Dah bnyak lalui suka duka susah senang bersama, dah banyka cerita tercipta, jadi tak kan kita nak sia sia kan kenangan semua tu. Kalau nak kawin pun kita dah tak perlu ambik masa untuk kenal hati budi lagi dah, apa apa hal yang berlaku lepas kahwin tak ada lah mengujutkan kita, sebab sudah pasti sendiri sudah boleh baca sikap serta perangai pasangan masing masing.
Dan bahagian yang tak baik tentang long term ialah, kemugkinan orang sekelilng sudah tahu tentang hubungan kita, jadi kalau ada masalah atau terputus di tengah jalan, tak ke memalukan diri sendiri je. Pastu terus terasa hampeh seumur hidup sebab pasti akan ada bayang bayang pasangan kita walaupun masa tu kita dah bina hidup dengan orang lain. Mana tak nya, dah bertahun kt dah terbiasa dengan cara hidup serta layanan dari si dia, tapi akhirnya berubah. Nak padam tak boleh, sebab sistem otak tak ada komponen yang boleh tolong padam memori dalam otak.

Okeh, sekarang short term pulak. Yang nih paling ekspress macam makan maggi cup yang tambah air panas je. Baru kenal, jalin hubungan cinta dan kemudian terus ke langkah seterusnya. Selalunya yang short term nih ada berkaitan dengan kerelaan serta perasaan kecewa dengan perasaan. Akhirnya menerima takdir ketentuan Ilahi dengan rela hati tanpa terlampau memkirkan hal hal yang tak pasti. Hubungan yang ni, akan nampak manis sweet macam gula perang. Semua akan jadi teramat indah. Dan hubungan yang nih dah tak guna tali rapia dah, pakai welding terus. Lagi kukuh dan confirm tak kan putus. Pastu kat bahagian welding tu tulis, 'together ever after'
Oleh kerana ini bahagian ekspress jadi cerita pun dah jadi ekspress serta berterabur bagai. Selalunya perasaan cinta yang mendalam akan cepat terjalin antara pasangan yang akhirnya bawa ke jinjang pelamin. Lepas tu baru lah masing masing mengenal hati budi pasangan. Mula la proses suai kenal antara pasangan, kebanyakan suai kenal antara pasangan akan berakhir dengan persefahaman yang utuh. Tak banyak pasangan yang goyah dengan hubungan bermula dengan short term. Tapi ada je yang putus di tengah jalan sebab akhirnya baru tahu mereka tak ngam bersama....
JUST LIKE I SAID BEFORE, ALL THIS THINGS ALL WILL END UP WITH 
KETENTUAN DARI ILLAHI....wallahhualam....


p/s: hubungan cinta aku peliks tapi benar, jadi tak leh pakai 'term'.......... =)

THE JAKUNNESS : Part 2 @ MAS

Assalammualaikum..........

Sekarang mood mau balik kampung sudah menebal. Aku kerja 6 hari seminggu, sabtu pun full day. Kadang kadang tak puas hati gak, maklumla orang lain best je dapat rehat rehat kat rumah hujung minggu, aku pulak hujung minggu cam hampeh je. Mana tak nya, sabtu kerja full day, dah tu kalau keluar Ahad pergi membeli belah atau cuci mata tengok pakwe hensem atau pergi bersiar siar kat kota raya habis kan minyak kereta, bila masa nak rehat plak?? tak ke hampeh kehidupan macam nih. Boleh buat otak aku rasa stress.

Motif cerita lain, bukan nak cerita pasal hari kerja pun. Sabtu ni @ esok adalah cuti umum. Sempena harijadi Agong, tu pun kalau tak silap lah. Jadi aku plan nak balik kampung, sebab tu la sekarang nih berada dalam mood nak balik. Tetiba teringat plak cerita kejakunan aku dengan ada aku yang telah terjadi pada bulan April lepas...huhu

Awal bulan April lepas, aku dapat call dari kampung bagitahu yang nenek saudara aku tengah nazak. Masa tahu berita tu memang terkejut gila gila lah. Sebab setahu aku dia memang sihat wal'afiat. Tapi ayah call cakap dia ada kt ICU. Pastu saudara semua dah dalam perjalanan balik kampung, saudara kat kampung pun dah siap berkumpul ramai ramai baca Yasin untuk dia. Nak tak nak aku pun kena balik jugak la.

Sepupu aku yang tinggal KL pun call pagi tu jugak cakap diorang nak balik kampung. Aku cakap la nak join balik sekali, dengan adik aku sekali. Tapi, rupanya diorang ni balik naik flight............adeiiii, mampus aku. Apa lagi call mak lah tanya macam mana, mak aku pulak cakap...alaaaa, ikut je la, takut nanti tak sempat kalau naik bus (6 ke 7 jam baru boleh sampai ke Kota Bharu kalau ikut bus)... Terpaksa la ikut.

FYI, saat ini adalah kali yang pertama aku menaiki kapal yang boleh terbang kat udara...syok pun ada berdebar pun ada (masa kecik2 umur 4 5 tahun dulu penah la naik, sebab ayah ditugaskan kat Sabah). Oleh kerana aku tak pernah uruskan hal perihal macam mana nak naik kapal terbang, semua hal aku serah kan kt sepupu, aku ikut je mana mana pun.

Kami berjumpa kat KL Sentral, dia beli tiket kat sana. MAS doww. Masuk je kat kaunter tiket, sepupu aku tempah tiket flight ke Kota Bharu, on the spot kot. Aku dah bajet kat dalam kepala otak dah, mau kena 2 3 ratus nih. hmmm memang sah sah lah RM306 per person. Rasa macam nak pitam je bila dengar orang kaunter tiket tu sebut harga....hahhahaha. Aku dengan adik aku saling pandang memandang antara satu sama lain dan diam seribu bahasa. Dua orang dah RM612, SEHALA!! Tak ke mampos kalau harga macam tu, kalau balik ikut bus tah tah boleh ulang alik ke Kelantan 4 kali sebulan kt........

Melayang duit gaji aku, buat shopping kan beshhhh......tapi apa boleh buat, emergency case, bukan selalu (ayat mak aku nak sedap kan hati aku..huhu).

Biasa lah, kalau dah nama nya JAKUN, memang tak hairan lah kalau aku asyik duk suruh adik aku tolong snap kan gambar. Maklum la, sampai kampung nanti nak cerita dengan orang kat rumah yang kami balik naik flight tuuu....hahahah (orang kampung yang jauh dari kota memang macam ni gaya nya)

Yang duk beratur kat depan aku tu ialah sepupu (silap2, mak sepupu tapi diorang lagi rapat dengan kami berbanding dengan sepupu sebab tu anggap sepupu, lebih rapat ikatan) dan nenek saudara aku. Ni masa nak masuk KLIA, kat pintu checking. Tah apa nama nya, well jakun tak tau apa apa pun, ikut je...

Haaa...seperti yang tertera kat belakang aku tu 'Perlepasan Dalam Negeri'. Orang tengok aku duk pose kat depan tu slamber je buat tak layan, jakun punya pasal. Kau ada?? hehe

Ni sepupu aku yang gaya dia ala ala mat salleh gitu. Cantik sangat. Tapi bila sampai kampung terus bertukar jadi macam anak dara kampung, boleh adaptasi dengan keadaan....

Duk menuggu kapal yang boleh terbang tu muncul. Lama betul menuggu nya, apa lagi pose lah kerja nya...


Sebab saya jakun tak penah naik kapal besi yang boleh terbang nih, jadi saya tanpa segan silu menunjukkan bukti saya memiliki tiket kapal boleh terbang yang sah. hehhehehe

Dua tiket yang hampir sama. Tapi harga bagi kedua dua tiket tersebut adalah tersangat sangat berbeza....beza yang melampau dowww.....

Tadaaa........berada dalam kapal yang akan terbang tak lama lagi. Muka suka yang amat sebab budak jakun akan terbang balik Kelantan.

 Ni la adik aku yang dari awal sampai akhir asyik cakap lepas nih dah tak mau naik lagi dah sebab dia gabra berada kat atas awan tinggi tinggi...huhu. tak padan dengan saiz badan, tapi penakut.

Yeayyy.........akhirnya selamat jua tiba ke Kota Bharu setelah meredah awan biru selama 45 min sahaja. Kalau naik bus, confirm 6 7 jam baru akan sampai.

Tu la cerita jakun aku masa naik kapal terbang tempohari (dah sebulan berlalu sekarang baru nak cerita). Yang nih lagi gempak. Kan aku cakap tiket aku bapak mahal gila nak mampos. Masa kat dalam kapal terbang tu boleh plak aku cakap sorang sorang kat dalam hati

' kat dalam kapal ni, setiap orang kat sini tentu harga tiket mereka berbeza. contoh aku yang beli on the spot, rm306, tapi bagi mereka yang dah tempah sebulan awal atau tempah on line mungkin harganya tak sampai 2 ratus kt, sedangkan perjalanan nya sama, '

Nak tahu apa aku buat untuk lepaskan rasa tak puas hati aku nih??? Aku apa lagi, dengan muka tak puas hati serta bermuka tebal, suruh adik aku mintak selimut dengan pramugara kat dalam tu...hahhhaha. Dan nasib baik sangat sangat dia tak malu kan budak jakun nih, terus dengan baik hati bagi sehelai sorang selimut MAS..hehehe.

Well....Aku ada, kau ada???

Sekian..........