Saturday 28 April 2012

Mini Pizza (Homemade@handmade)

Assalammualaikum.......

Tangan saya sekarang sangat rajin menaip. Manakala otak pulak masih segar untuk berfungsi, jadi di kesempatan ni saya nak kongsi cerita saya. (saya la palak..huhu). Esok kalau ikut kan plan akan bertolak balik kampung. Kelantan.. Yeayy. Tak sabar rasanya nak balik. Sebab ada misi yang ingin dilaksanakan.

Hari ni dah plan masa kat tempat kerja tadi, balik malam ni nak buat roti sausage sendirian berhad@ buat sendiri la, untuk buat bekal masa dalam perjalanan balik esok. Kan best drive sambil makan bekal buatan sendiri, sambil hidung kembang kepis sebab ada orang akan cakap sebegini:
'pandainya mu buat ni da'
@
 'emm..sedap la da'
 @
'rajin nya siap buat bekal sendiri lagi'

Saya akan sangat berbesar hati bangga bongkah perasan dan sebagai dengan nya bila ada orang yang ungkapkan kata kata sedemikian kepada saya.

Tapi hajat murni tu tak kesampaian untuk dilaksanakan. Memang bengang gila la, tiba tiba kat kilang la current shut down. Terus production stop. Bukan kejap, 2 jam wooo...lama gila yang teramat. Dalam hati duk sumpah seranah, ye lah potong stim je current tu. Last last pukul 10 malam baru boleh balik rumah. Kalau dah sepuluh malam, kedai jual sosej pun dah lama tutup. Agak agak tuan kedai pun dah get ready nak masuk bilik tidur...yo yo ooo je.


Disebabkan hajat tak kesampaian, meh aku kongsi ngang korang resepi serta cara cara nak buat mini pizza. Yang nih aku penah buat suatu ketika dahulu. Masa tu aku tak ada tenet lagi, dan aku pun tak ada resepi sebenar untuk buat pizza, main bajet pandai buat je. Bahan bahan ikut logik. Boleh tak macam tu?? hehhhehe..........memang boleh la sebab dah terbukti berhasil.


Ni rupa mini pizza yang belum dimasak lagi. Tengok la betapa comel comel nya aku punya pizza. Just like the baker...hihihi

Yang ni aku memang guna bahan dan sukatan ikut suka hati bersih tulus ikhlas aku..hahhaha. Dah nama pun nak buat piza, asas nya tentula macam roti. Cuba lihat bahan atau ramuan yang tertera pada bungkusan plastik roti yang korang miliki contohnya gardenia atau high5. Tentula gandum, majerin, telur, air, dan yang penting yis. Sukat suka hati pastu gaul sampai jadi dough, dough tu pasti la tak melekit kat tangan masa korang gaul. Kalau melekit, tambah lagi tepung gandum. Yis tu lak kena letak dalam air suam dulu sekejap biar dia berbuih buih.



Biarkan dough tu selama sejam, tutup dengan kain lembab atau pun plastik. Pastu bila dah hampir sejam tu, canai la ikut suka korang untuk dijadikan base. Nak saiz besar atau pun comel comel. Buat rata, kemudian sapu tomato puree kat atas base. Letak banyak lagi sedap. Pastu, potong la sosej, ayam, cheese, tomata ikut suka korang, untuk diletakkan diatas base. Macam yang tertera dalam gambar kat atas tu...Nak sedap lagi letak cendawan bulat yang ada jual kat dalam tin.

Close up macam mana aku susun bahan kat atas base pizza. Ni semua adalah mengikut kreativiti masing masing nak letak apa. Bila dah siap susun, apa lagi bakar je lah. Suhu dan masa jugak mengikut suka hati. Tapi kalau tak silap suhu roti bawah 200 degree. Lebih kurang 180 degree, selama mana?? sehingga pizza tu berubah warna menjadi kekuningan. Alaaa rupa yang macam pizza yang ada jual kat pizza hut tu, haaa...macam tu la. Tak kan nak tunggu sampai bertukar warna macam puding caremal pulak..hhuhhuhhuh.
Dan..........ni la rupanya bila dah siap masak dan tersedia untuk di ngap!!! nampak macam sedap kan? memang sedap pun....nampak macam menarik kan?? memang cantik menarik macam tuan buat pizza pun...hihihi... tak terliur ke tengok pizza saya kat atas tu??........hehehe. boleh tak kalau aku nak cakap macam nih.............SAYA SANGAT BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI SEBAB BOLEH MASAK PIZZA NI...tak boleh cakap pun aku dah cakap. hahhhahah.

Tu je lah...sekian.





Perlu ke menipu?? -OFFICEMATE 1

Assalammualaikum...........

Hari ni sekali lagi sedang mengalami mood yang negative (ikutkan memang negative je memanjang). Hari hari mesti ada je hal yang boleh menyumbag kepada unsur unsur negative dalam hidup..haihhh. Sebenarnya sendiri pun tahu mengeluh tu tak baik, dari segi agama mahu pun kesihatan..huhu. Tapi, tu la kita, terutama aku, bila ada hal atau masalah tak sah kalau tak mengeluh. Tapi bukan macam keluhan macam apek yang tak mampu bayar hutang along tu ya. Biasa lah, dah lumrah. Mesti semua orang pun penah mengeluh gak, tipu sangat sangat la kalau cakap dia tak penah mengeluh. Penat buat kerja rumah pun boleh menghasilkan keluhan jugak...kan kan??...hehe.

Seperti yang para pembaca sedia maklum, atau jika ada yang masih belum mendapat apa apa makluman lagi, kat tempat kerja aku, aku dalam bahagian production @ QC dept. Office aku aras 2. Kat office tu cuma kami bertiga je la. Aku, si polan A dan si polan B. (sengaja tak mau tulis nama sebenar polan polan tersebut). Dua orang polan ni, berkawan sangat baik, dah macam adik dengan kakak. Tapi polan dua ni berlainan agama la. 1 Melayu dan 1 lagi Cina.

Dan kebanyakan masa, polan berdua ni selalu la duk berborak borak mereka berdua sahaja. Sampai kan kehadiran aku kt dalam office tu dah macam halimunan. Satu benda je yang aku tak paham, kenapa mereka tak suka bercakap atau bercerita dengan aku?? suka buat buat muka, kalau sibuk sangat pasti akan mengeluh bila tengok aku. Dan yang aku tak leh terima, kebanyakan hal hal kerja hanya polan berdua ni sahaja yang menguruskannya serta mereka selalu berbincang sesama mereka sahaja. Bergelak ketawa, kongsi makan minum bersama sama. Oitttt oittt...Jangan nak pikir yang aku ni jeles k.. Sikit pun tak. Serius cakap, sikit pun tak jeles la weiii...

Dah banyak sangat kejadian yang membuktikan mereka tu adalah sangat tidak suka kehadiran aku (mungkin, bukan perasaan sendiri semata mata). Penah je, mereka berdua sedang bercakap, aku turut menyampuk jugak, maklumla dah cakap dalam office tu kami bertiga dan lagipun aku ni tak pekak atau bisu, sudah pasti la akan menyampuk gak. Tapi, sorang pun tak layan percakapan aku. Buat buat tak dengar adalah, pastu gelak gelak. Memang sah la tak suka. Dan salah seorang polan tu, suka sangat cakap bohong, apa motif dia buat macam tu aku pun tak tahu. Kadang kadang penipuan yang...tah la cam senang cakap, tak ada motif!!

Salah satu contoh penipuan yang tak bermotif berlaku adalah seperti hari ini. Tadi, waktu pagi bos ada turun production, gaya macam ada perubahan untuk dia punya ramuan untuk buat minuman. Dia cuma berbincang dengan si polan A tu je, maklum la sama sama berbangsa cina dan lagipun A ni macam ketua production la. Kami kalau bos turun production, masing masing memang ketar lutut lah, tak tau apa nak buat. Dan bos aku memang sensitip bab bab kebersihan dalam kilang. Aku penah je dapat surat reminder dari dia sebab tak control orang bawah buat cleaning...Haahahhaha. Tak kisah pun, bak kata kawan aku (budak HR dept)...'alaaa, tu baru surat reminder dari bos je, bukan surat mahkamah, apa nak takut...) sempoi gila minah tu, tapi bila dah dengar ayat dia tu, betul jugak. Buat apa nak takut, cool sudaahhh.

Setelah bos selesai urusan dia kat production, terus dia naik menuju ke office dia. Dan aku rasa kedatangan dia bukan nak cari salah orang, jadi pagi tadi aku tak dengar pun berita tentang kemarahan bos. Si polan A dan B ni pulak, lepas je bos naik, bermesyuarat la mereka berdua kat lab. Sebab masa tu aku ada kat dalam office, nak privacy kot. Bila dah agak lama diorang kat sebelah, aku pun sengaja pi masuk lab, buat buat ada kerja. Masa tu aku tengok si B menangis, macam teruk jugak gaya dia menangis. Aku dengan perasaan ambil berat serta menyibuk buat manis mulut bertanya kenapa. Si B tak jawab 'tak de apa lah, tak ada pape pun' sambil senyum sinis. Si B pun sama lah. Dah orang tak nak cakap, biar je lah tak kan nak desak pulak. Tak lama kemudian A masuk office dan bagitau aku 'B tu nangis sebab bos la, bos marah dia sebab tak jaga kebersihan, tak buat cleaning elok elok'...... Perghhh.. ayat cam nak perli aku je, maklum la aku kan dah dapat reminder dengan bos. Bil dia cakap cam tu, kat dalam hati terus cakap,'' alah kena tegur dengan bos sikit pun dah nangis, bajet manja la tu. Aku ni siap kena reminder lagi, tapi still gak cool tak nangis pun''.

Kemudian, petang tadi masa kat production, aku agak bosan jadi aku pun pi la melayan pekerja kat bawah. Duk cakap cakap, tiba tiba si myanmar ni tanya B mana. Aku tanya la kenapa tanya B. Lantas dia pun cakap. Tadi masak kat dalam bilik filing jus minuman, si nepal ni hayunkan tangan kebetulan B lalu kat belakang, apa lagi tangan budak Nepal tu terkena kt punggung B lah. Kuat kot hayunan budak tu. Apa lagi, menempik la B marah kat budak tu. Nepal tu hanya mampu tersenyum sebab dia tak bersalah, itu adalah eksidennn semata. Hahhhahaha. Rupanya yang part menangis tu dia cerita tentang kejadian tersebut kat kakak dia.

Dari cerita kat atas, cuba korang pikir, apa motif sebenar dia cakap B kena marah dengan bos. Salah ke kalau cakap sebab yang betul. Sekurang kurang nya lain kali aku pun boleh berjaga jaga serta berhati hati agar kejadian sebegitu tak menimpa aku. Memang lepas tahu cerita sebenar aku tertanya kenapa dia perlu tipu. Padahal bukan benda besar pun. Not a big deal laa...... Dan aku terus tak ada mood serta perasaan untuk bercakap dengan mereka. Tahu la korang berdua kawan baik rapat tahap gaban, tapi agak agak la dengan orang sekeliling. Menyampah gila bila tengok mereka, yang aku paling tak suka bila aku ni dilayan macam halimunan. Mentang mentang la diorang ada geng....

Kalau nak di ceritakan, memang banyak la kejadian atau perkara yang melibat kan mereka berdua yang boleh buat perasaan tak best wujud dalam diri aku. Kat tempat kerja, memang jarang sangat aku nak stress dengan kerja, kebanyakan stress aku melibtkan mereka berdua. Bukan sengaja nak burukkan mereka, tapi memang hakikat apa yang aku rasa.

OKEH...SEKIAN. TERIMA KASIH =)

Thursday 26 April 2012

Picture of Loving Couple

Assalammualaikum...........

(just read my boken inglish)

Now its already  quite late at nite. Already midnight and also can be say as early morning. Right now my eyes still wont close yet. Maybe because my mind was so heavy load so much nonsense feeling. Arghhhhh..... So annoying. I got so much things to tell to people, thing to share with those people. But i just don't having all those people by my side to talk to....poor of me.

Firdaus. Firdaus. Firdaus. Name that always keep playing in my mind. Not that im thinking about him to much, i just cant stand with him. Did he known that there is a girl, which is me, loving him, truly, deeply do.

He always put me. Or put me last part in her listing. The worse part is, sometime he can just pretend like im noting to him. For him, I dont need to interferer with his life things. Its like feeling when somebody that you crazy about, put you at the back of all things. Put all others things as very important to his life, and just let me be something that did not bother him in any other issues.

He will never let his friends waiting for him. He will never be so mad at his friend in front of them. He also will never break his promise with his friends like he always do toward me. Always done to me. Thousand hurt, billion tiers...

Sometime i just don't understand why its looks so hard for him to be nice to me. To please me as i want (all i want is not to much, just like others). To not to hurt my feeling, not to break promise with me. Even he know its was his fault, he will not going to feel like him guilty to me and seek for an apology.

I will never dream that someday there will be my prince come to me and treat me like a princess. Because i know that he will never be that way. Its just not like him.

This situation is not a good picture of loving couple. The real PICTURE OF LOVING COUPLE will not going to show.... )=





Wednesday 25 April 2012

PAVLOVA....im in love only by the look.

Assalammualaikum...........

Hari ni hari Rabu, esok hari Khamis, lusa Jumaat dan tulat pastinya hari Sabtu.....Hari yang di tunggu tunggu. Nak balik kampung..Yeayyyy!!!. Tadi apply cuti dengan bos, Alhamdullillah. Walaupun terpaksa berdepan dengan muka dia yang tak leh blah tu, akhirnya dia approve jugak cuti aku (sehari je kot). Untuk pengetahua umum, bos aku tu memang susah sangat sangat nak bagi cuti untuk orang orang production, mesti banyak tanya dah tu bila kita explain kat dia sebab musabab kita nak cuti, mesti dia akan berbunyi begini :

'iakah?? ia meh??'

Adooiii..Stress aku dengar ayat macam tu, dah bunyi macam perli je. Ye lah, dah nama pun bos mesti dah banyak kali kena kelentong dengan pekerja pekerja dia. Hahahhhaha. Nasib ko la bos.


Back to the main topik, sebenarnya nak cerita tentang Pavlova nih, tapi terlebih melalut plak. Sekarang ni aku ada sikit ala ala demam buat bakery..Huhu. Sekarang, buka tenet je, tangan ni laju je naip keyword yang berkaitan makanan kat google search tu, dah tu mesti keluar macam macam jenis makanan. Pastu tak cukup dengan tengok tengok gambar dan baca baca maklumat tentang makanan makanan tu, siap buka youtube plak tengok cara masak lak cane diorang proses. Memang suka gila tahap yang membuak buak dah nh...

Aku nih agak tak berapa nak up-to-date sikit, so apa apa maklumat mesti lambat sampai kat 'brain store' nih. Pavlova ni aku tak tau la tengah fames amos ke atau pun dah lama fames, atau pun mungkn baru nak fames ke, yang ni aku memang tak tau. Pavlova adalah sejenis kek yang sangat gebu dan kandungan utamanya ialah telur. Saja rajin tangan google wiki Pavlova, wiki cakap (bukan manusia, sejenis web search engine) nama Pavlova ni bersempena dengan nama orang tertentu.

'Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova. It is a meringue dessert with a crisp crust and soft, light inside.'

Dan makanan ni just as dessert and was so popular among Australia and New Zealand. Makanan omputih tuu....

Dah tengok resepi dia, pun dah tengok cara cara pembuatannya. Bahan bahan sangat mudah untuk di temui di kedai kedai berhampiran. Malahan cara pembuatannya adalah sangat sangat senang mudah dan cepat. Kalau la aku ada mixer, dah lama dah aku buat Pavlova ni. Penggunaan mixer adalah tersangat penting dalam proses membuat kek nih. Nak putar whipping cream untuk letak kat atas kek nak kena pakai mixer, nak putar telur sampai jadi meringue tu pun sah sah lah kena guna mixer jugak.
Haa...ni la dia rupa Pavlova tu. Tipu la kalau korag tak terliur tengok rupa kek macam ni. Topping tu korang boleh la letak ikut suka hati. Kalau letak marshmellow pun cam besh jugak kan...huhu

Macam macam buah boleh sumbat kat atas kek tu. Sungguh colourful dan menggiurkan tekak aku..haisshhhh



Kat sini aku senaraikan bahan bahan untuk menghasilkan sebijik Pavlova nih:

BAHAN:
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1 sd vanilla
1 sd cuka
1/2 sudu tepung jagung

( see see....like i told u earlier bahan2 sangat mudah di dapati kan kan)
Topping:
240ml Whipping cream
1/2 sd gula icing
1/2 sd vanilla

CARA:
1. Pukul putih telur guna mixer sampai jadi kembang sekembang nya. Pukul telur tu sampai korang terbalikkan bekas dan ianya tak tumpah (rupanya macam icing) atau dalam kata omputih 'soft peak' atau marigue
2. Kemudian masukkan gula serta vanilla. Pukul lagi marigue tadi.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan cuka.
4. Kelurkan marigue dan letak kat atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak (parchment paper)
5. Kemudian bakar. Bakar Pavlova ni ambik masa sikit. lebih kurang 1 jam suhu 150 degree.

Untuk Topping plak, korang buh jer bahan dalam mixer kemudian pukul la sampai jadi macam yang korang nak... (hahhhahha)



*gambar dicuri dari blog2 tepilih. Maaf yer. Terima kasih.*

Dan untuk pengetahuan umum jugak, dimaklumkan bahawa aku sebenarnya belum penah pun buat kek Pavlova nih apatah lagi merasai nya dengan lidah. Huuhuhu. Balik rumah kat kampung nanti memang aku akan buat lah kek nih. Tak sabar nak cepat cepat balik kampung. Hari tu dah penah pi survey herge mixer nih, mahal la..Saya tak mampu (padahal sayang nak keluarkan duit untuk beli mixer..hehe).

Nanti dah buat, akan ku pertontonkan kepada umum hasil nya. Dan sekiranya hasil tersebut berupa seperti Pavlova, boleh la sape2 yang berdekatan request dengan aku suruh buatkan kek ni. Aku memang suka kalau buat untuk bagi orang lain makan...Baik tak minah bajet cun nih...hehhhehehe.

okeh lah, tu jer.....sekian.






Tuesday 24 April 2012

MY BAD DAY....was so bad

Assalammualaikum....Hai.

Just a short story before i go to sleep (kalau ada orang sebelah leh gak bermanja2 and mengadu ngada..gataiii...hehe). Suppose nya mood sedih tapi sempat jugak buat lawak...well, dats me!! always look happy outside even its bleeding in the inside. sob sob sob....

Hari ni memang malang tahap gaban lah. Kaw kaw punya malang. White LOLA aku ada dengan enhubby, so p kerje merempit lah pagi tadi. Hampeh tul, dah pakai cantik cantik sekali bawak moto, sampai je tempat kerje bau perfume semua dah hilang terbang dengan angin2 masa bawak moto.

Yang jadi bad day nya bermula begini. Tadi tah la kenapa bos aku tu rajin sangat duk turun production. (office bos aku tingkat 3, office aku plak tingkat 1, dan production sah sah la tingkat 1). Dari tingkat 3 duk ulang alik patpulohpat kali turun naik tangga pi production tingkat 1. Dah kalau dia duk naik turun macam tu memang nahas la kami yang control production nih. Lagi lagi bila masuk bab kebersihan. Aku ni bukan nya spesis yang tak amal kan kebersihan, cuma tak seberape jer...(lain tuu...hehe).

Bila dia dah turun naik, macam macam kesalahan la yang dia jumpa. Dan orang orang yang akan di pertanggungjawabkan atas kesalahan tersebut adalah kami golongan QC ni lah (quality control). Seperti yang sedia maklum, aku QC bahagian pemprosesan minuman dalam tin (can line). Dah dekat seminggu kot kilang tu duk proses air tin je, sah sah la aku yang kena. Tadi masa dia duk round2 satu kilang, ada la terjumpa beberapa bahagian kilang yang kotor atau dalam erti kata lain yang lebih sopan, tak dicuci dengan bersih...

Bos aku ni plak, bapak punya rajin dia sendiri yang pi cuci tempat yang tak berapa nak bersih tuh. Memang siot la sape yang lalu kat tempat tu masa dia duk tengah cuci cuci tu. Mungkin dah sakit belakang duk gosok gosok lantai, terus panggil aku. Apa lagi dengar dia duk membebel lah. Dan tak pasal pasal dia keluarkan REMINDER bagi kat aku. Sebab aku tak jaga kebersihan tempat tu dan aku tak assign worker untuk buat kerje kerje pembersihan tu...ok fine, 1st time dapat reminder dari mr lee hoy sun...hampeh!!!

Dah tu, kan pi kerje naik motor hari ni jadi masa rehat aku malas nak keluar pi cari makan. Maklumla i kan jaga muka, panas panas i tak tahan..hekhekhek. Sekarang nih, waktu tengahari rasa bahang panas tu, Ya Allah...tuhan je tahu. Memang panas gila lah. Tu yang tak sanggup keluar, lagi lagi dengan bermotosikal (berlagak betul minah tak sedar diri nih). Jadi tadi aku bawak bekal dari rumah. Untuk pengetahuan umum jugak, bos aku tak benarkan kami pekerjenya makan dalam kawasan kilang, ada lah sebab musabab kepada isu tersebut. (malah nak cite panjang). Rehat tadi aku dengan selamba makan bekal tu kt dalam office. Tetiba, lee hoy sun tu boleh pulak terpacak kat depan pintu office. Memang terkejut gila gila lah masa tu, tak tau nak cakap apa dah. Nasib baik tak tercekik je nasi kat dalam mulut. Apa lagi, SECOND time aku kena dengan lee hoy sun. Kali ni aku rasa lagi teruk dari yang 1st kt. Kata kata yang diucapkan oleh beliau pada saat itu biarlah menjadi rahsia antara aku dia dan rakan seperjuangan (sama sama berjuang mencari rezeki kt situ) aku kat office tu. Terguris hati aku...hukhukhuk. whole day trus bad mood sampai balik kerje. Officemate ajak pi makan char kwe teou sedap pun aku tak maooo. Bad mood punya pasal.

k lah...tu je cerita nya...sekian.

p/s: sekarang dah tak leh guna perkataan 'cuci cuci' kat worker Nepal. Sebab bagi mereka cuci cuci tu bermaksud women breast...hahhhahahaha. serius beb.

Monday 23 April 2012

First attempt : Cream Puff

Assalammualaikum....Hai.

Sekarang ni dah laying on the bed, but sudden my mind and my hand become so rajin to berfungsi untuk menceritakan perihal tentang kejadian hari ni.. Today is Sunday, that mean holiday for working people like me. The day when all of us get ourself rest and chill out, rite??. But mine....ouhhh so sad. Being traped in this house with no one here to company me. Really really sad.

Kalua dah terperap kt rumah tu, apa lagi yang mampu dibuat selain dari tido, makan, facebook. Dah memang tu je yang mampu dilakukan kt dalam rumah nih. Sambil duk facebook tadi, saje saje la try google page masak memasak. Then jumpa page yang buat cream puff. Aku ni bab masak masak @ baking memang suka sangat sangat.

Tengok kat tenet, cara nak buat cream puff ni rupanya tak la susah sangat seperti yang digambarkan sebelum ni. Dulu penah la try buat ikut resepi kat dalam buku. Aku ingatkan macam baking kek je (pukul telur dengan majerin pastu tambah gula) rupanya ada teknik nya tersendiri. Tengok video cara orang masak baru la tahu teknik.

Tambahan pulak bahan bahan untuk buat cream puff ni simple jer, dan bahan tu dah memang tersedia ada kat dalam rumah ni jadi aku apa lagi bertambah rajin la nak membuat nya. Untuk pengetahuan umum, aku memang suka dan rajin buat benda alah macam nih (baking), tapi masalah besarnya ialah aku tak penah dapat kekalkan hasil. Maksud aku, contoh buat kek coklat. Buat hari ni jadi kek coklat yang super duper cantik gebu moist dan sedap, tapi bila aku buat lagi lain kali, masih menggunakan resepi yang sama hasilnya memang 80% tak kan sama dengan yang aku buat sebelum tu. Dalam erti kata lain, tak penah maintain lah.......Aku sendiri pun tak paham kenapa boleh jadi begitu. (atau mungkin sebab aku tak penah guna sukatan yang betul. maklumla tak penah sukat pun main agak agak jer..hhahahahhha).

eh eh...pic ni ada rupa cam cream puff ke?? *berfikir sejenak*




Tadaaa.....ni la dia cream puff aku yang tak berapa nak comel tu. First try kt.huhu. Ni pic puff yang tak de cream lagi.
Yang ni pun sama, kali close sikit shot puff yang baru keluar dari oven. huhu. (kalo perasan ni puff giant size)


Masa tengah duk syok buat cream puff tu, dan macam tahu tahu jer rancangan tv7 'Martha' program masakan tu, kebetulan hari ni menu dia pun cream puff jugak. Elok la tu, kena sangat sangat dengan aku hari ni yang tengah duk bakar cream puff.. Tapi yang si Marthe buat tu memang cream puff yang gempak la, siap ada whip cream bagai, Coklat ganache lah, gula tabur lah, macam macam filling lah ada. Semua filling tu yang best best and attempting.


Bila puff tu dah sejuk, next step ialah tebuk lubang kat tengah puff tu (sila jangan follow arahan ini..hhaha).Main main plak minah ni, sebenarnya tu la rupa kat dalam puff bila kita potong kat blah tepi, akan ada rongga udara kat dalam puff di bahagian tengah. Ia terbentuk ketika proses membakar tadi, tak payah nak korek korek sebab lubang tu dah memang ada.



Yang ni plak seri kaya. Tipu la. Ni la cream yang aku buat untuk disumbat ke dalam puff tadi supaya ianya bertukar nama menjadi cream puff...hehehe.


Begini la rupanya kuih crem puff setelah disumbat dengan seri kaya buatan sendiri.


Longgokan Cream Puff yang tersedia untuk di baham pada bila bila masa.

Ni plak gambar tukang buat cream puff.

Sebenarnya aku suka sangat dengan kuih ni, tapi bila aku buat sendiri terus dah jadi kenyang. huhu...Biasa la, aku kalau dah buat memang susah nak makan, bukan apa kenyang dengan bau dan keriangan membuat cream puff. (apa apa yang aku bake pun, memang untuk dihidangkan kepada mereka mereka yang terpillih, bukan untuk santapan sendiri sahaja...baik tak saya???)

Meh aku tulis sikit resepi2 nya:

untuk buat puff
500 ml air
200 gm mentega
250 gm tepung gandum
sedikit garam
(kalau atas api, sejuk kan then tamabah...)
4 biji telur ayam.
Canai, pastu bakar dalam oven guna suhu 250 degree. masa, tunggu hingga nampak kuning2 cam nak hangus, angkat lah. dalam 20-30min kt

untuk cream
(alamak...lupa sukatan la, tibai la agak2 ikut suka..huhu)
2 cwn susu
1 cwn air
14 gm majerin
2 sd tpg kastard
10 sd gula
(kacau atas api hingga liat)

Okeh......sekian........


Tuesday 17 April 2012

PERKAHWINAN @ PENAMAT BUJANG

Assalammualaikum.......

Hanya untuk dikongsikan bersama sama mereka yang membaca belog ini (tertanya sendiri, wujudkan mereka itu???).... Masa blaja kat universiti dulu ( USM ), coursemate aku yang berasal dari Kelantan cuma sorang je. Ini bermaksud, dalam kelas tu cuma kami berdua jee lah yang berasal dari Kelantan. Orang Kelantan ni, bila dah berjumpa sesama Kelantan secara tak langsung kami akan rasa macam ada ikatan tak pun rasa cam secure untuk berdampingan. Dalam erti kata lain kami tak kekok la nak bercakap atau bercerita atau keluar makan atau apa apa lah aktiviti yang melibatkan percakapan dialet Kelate.

Jadi secara tak langsung lagi sekali kami pun rapat la jugak. Dan masa praktikal kami pun di tempatkan kat Pekan. Lebih kurang 5 bulan kot kami praktikal bersama sama. Susah payah suka duka kami hidup kat Pekan dah jadi memori yang tak dapat dilupakan. Tipu la kalau kami tak penah bermasam muka. Biasalah tu manusia, mesti ada yang tak puas hati sesama kita, tapi tak lah sampai caci mencari dan dendam berdendam antara satu sama lain.

Masa kat sana kawan aku ni mengalami dilema yang teramat ramat dahsyat. Kalau aku la kat tempat dia, mungkin...abaikan. Dilema yang dia alami melibatkan masalah kekeluargaan serta bersangkut paut dengan masa depan dia bersama dengan bakal suami dia@pakwe pada ketika itu (sekarang dah kawin pun). Antara pilihan keluarga atau pilihan hati. Orang kata pilihan keluarga banyak kebaikan dan kelebihannya, Tapi sebenarnya tak semua nya begitu. Orang tua dia nak bermenantukan pilihan hati mereka, tapi tu semua bersebabkan dari rasa terhutang budi atau rasa memang tu yang patut dibalas. Tapi kawan aku pulak rasa pilihan dia adalah muktamad dan dia yakin pilihan tu mampu bahagiakan dia serta keluarga dia...
Macam macam drama lah yang tercipta, air mata sentiasa saja membasahi pipi dia. Masa tu aku boleh rasa maha hebatnya dugaan percintaan mereka. Sampaikan dia sangup berkelahi dengan mak dia demi membela kekasih hati yang dia rasa adalah pilihan terbaik.
Dan Tuhan tu Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba dia. Jika kita rasa pilihan tu adalah yang terbaik, jangan ragu mesti sentiasa yakin dengan keputusan yang kita buat.

Akhirnya mereka berkahwin jua dengan restu dari kedua dua belah pihak. Hidup mereka aman damai serta penuh dengan keharmonian (dari apa yang aku lihat kat page dia lah). Dan sekarang kawan aku dah pun menggandung. Sweet sangat sangat, tipu la kalau aku tak dengki dengan kebahagian sedemikian.

Dan aku pulak, masih disini, tetap begini dan akan terus terusan sebegini rupa. Dah bercinta hampir 4 tahun (tanam durian pun dah berbuah kott.!!). Aku dah lama tunggu saat yang paling di tunggu tunggu tuh. Tah bila akan muncul, aku tak tahu bila dan dia, lagi lagi lah tak tahu bila....
Broken Heart.

Bila difikirkan tetang pengakhiran cerita antara aku dan dia, aku terus rasa heart broken (crack crack) sebab memang tak kan ada jawapan untuk akhiri cerita tu. Dan dia pun tak suka kalau aku ungkitkan atau suarakan hal hal berkaitan pengakhiran.

Holding forever..yeahh bebeh!!!

Just like other normal couple, always hopping for the happy ending. And the most important is, may he will always hold my hand like this way, forever. Not only holding my hand, but also my heart, and my soul..

Mohd Firdaus @ my enhubby

FYI, dia tak suka aku expose dia kt page aku dan dalam masa yang sama dia pun tak suka expose aku kt page dia. Aku berani letak ni pun sebab aku tahu dan yakin yang dia tak kan ada masa lapang untuk layan baca belog merapu meraban aku nih. HAHAHA...


Okeh...Sekian.





Thursday 12 April 2012

THE JAKUNNES: Part 1

Assalammualaikum...Hai Darl.

Sekarang ni im about to sharing story of mine as stated on the title 'The Jakunnes'.. Sapa tak tau apa itu yang dimaksudkan dengan 'Jakun'?? Okeh, jakun ni bermaksud perlakuan, atau keadaan, atau situasi atau apa apa saja lah yang mentafsirkan tentang sesuatu yang kita tak pernah alami atau lalui atau temui atau apa apa saja lah. Korang paham tak dengan apa yang aku cuba sampaikan nih?? Tak paham?? OMG,,Saya tak salah kan kamu kalau tak paham pun dengan penerangan tersebut, sebab saya sendiri pun tak paham apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan..hikhikhik. Tapi takpe, jagan risau okey..Mungkin lepas baca kisah saya nanti secara otometik korang akan paham dengan sendiri apa itu Jakun.

11hb bersamaan dengan hari rabu lepas, saya dengan rajinnya mengajak kawan sekolah dulu keluar teman saya perfoya foya di kolumpur. Maklum la hari tu kan cuti sempena dengan birthday agung. Asalnya saya ajak diorang datang subang, nanti saya pick up dirang dengan White LOLA. Tapi diorang tak nak datang sini, sebaliknya saya yang kena pegi kolumpur sana. Okey fine, tak kisah lah. Lagipun pi kolumpur sana lagi best kt, lagi lagi kalau pi shopping pakaian atau tudung dekat Masjid Jamek...marvolusssss u!! huhu.....

Al kisahnya, saya tak reti nak drive sorang sorang pi kolumpur sana tu. Dah la tak tau jalan, jalanraya kat belah belah sana plak dah confirm la sesak nafas tahap gaban. Jadi saya pun cakap la dengan diorang saya naik train je. Diorang plan nak jumpa kt Pavillon. Fuhhyooo.....Pavi tu. Serious wa cakap lu, seumur hidup wa ada kat Selangor nih wa  belum penah kt jejakkan kaki putih+kecik+cantik wa nh kt sana. Lalu depan pun tak penah kt....(haaa..kan dah terserlah betapa jakun nya saya). Awal awal lagi diorang dah sampai. Saya plak masih lagi terkial kial duk tunggu train kt stesen sg.Buloh. Diorang tanya tau tak macam mana nak pi sana sebab diorang dah sampai sana. Saya dengan berbesar hati menjawab, 'tak sure tapi tau tau, nanti sampai KL sentral saya msg'...Sebenarnya tak biasa sangat pun, sampai je KL sentral, lutut dah mula ketar, hati debar debar, takut tersalah jalan, maklumla jalan sorang sorang. Tapi masa tu buat buat maca orang dah biasa. Tangga pun tak tau belah mana, keluar train saya ikut je crowd, sebab dah tentu la orang ramai akan menuju ke arah pintu keluar.huhuuhu..

Kawan saya tu dah penat sangat tunggu ketibaan saya, jadi diorang pun dengan baik hati cakap yang diorang akan datang kat saya (masa tu masih kat KL sentral lagi). Okey fine. Bagus lah kalau diorang datang jemput. Maklum la i kan Datin perasan Diva, mesti la berjemput baru la kelas uuu......(terbajet sudaaa). Minah tu plak cakap jumpa kt stesen putra. Adeiii.. Blah mana plak dah, jenuh gak saya duk pusing pusing jalan jalan kat depan tu cari mana pintu nak masuk stesen putra. Last last tersesat kat dalam gerai gerai menjual pakaian. Sempat lagi saya singgah beli sehelai baju..hahhaha. Dah penat jalan dan dah tak tau arah tuju, buat muka tak malu pi tanya awek sale marketing product telecommunication mana arah nak pi stesen, rupa rupanya masa tu dah berdiri kat depan kaunter tiket pun. Bapak malu gila. haha... Kemudian pi la beratur nak beli tiket, sampai je depan kaunter tiket yang saya nak tu terpaksa beli dengan mesin.. Adeiii... Ternganga saya kt situ sebab tak tau macam mana nak guna mesin tu. Apa lagi buat muka tak malu seruh orang kat depan tolong buatkan lah...hikhik. Malu kt sebab berderet orang duk beratur kat belakang tengok kejakunan saya menggunakan mesin beli tiket tersebut.. Sadis betul la kalau jalan sorang sorang kat tempat orang penuh sesak macam kat situ.

Nak masuk stesen tu satu hal plak, tiket tak pakai kad yang macam naik train KTM tu tapi guna coin. Coin yang macam orang guna untuk bermain kat funfair tu. Sebijik macam tu lah. Lagi sekali saya tak tau macam mana nak guna. Tapi kali ni saya dah tak tanya orang lagi dah. Masa nak masuk tu, saya buat buat duk texing someone using my phone, padahal mata duk perhati kan orang macam mana diorang masuk guna coin tersebut. Rupa rupa nya scan je coin kt tempat yang tertera gambar coin tu. Senang je...hehehehe. Pada hari tersebut saya berasa tersangatlah jakun nya saya menggunakan kenderaan awam kt Malaysia nh. Tu blum masuk bab mana Lrt, mana monorel lagi. Yang saya tahu hanya la KTM sahaja.....

Tapi jakun sekali tak bermakna akan jakun selamanya. Sekali dah merasai lain kali dah tak kekok atau blur blur lagi dah kalau nak naik kenderaan sedemikian. K lah, cerita sudah, meh kita cuci mata tengok gambar saya yang suka bajet lawa cantik kurus nh...hehe

Teh o ais adalah feberet saya, Tapi ini bukan minuman saya pada hari itu. sekian


 Tak penah kt pose dekat sign brand guess. =)




Cik adik comel ni la yang terang kan satu satu tentang kenderaan pada hari tersebut. Tyvm!


Ni kat depan Midvalley, tunggu teksi, pun jakun jugak. Tapi bukan sorang sahaja. Kami tak tau pun kt stu kana beratur ikut turn baru boleh dapat teksi. Ikutkan nak main masuk je teksi yang ada kt depan kami tu...hhuhuuu


Stress sebab tak mampu nak beli handbag yang cun melecun tu..

Ni gambar masa makan kt Warung dalam Midvalley. Cik adik comel sebelah saya tu yang belanja. Tyvm dear!

Okey lah...eh eh jap. Kalau korang nak tahu punya la banyak jalan hari tu, masa dalam perjalanan nak balik rumah, wedges saya putus...hahhhahaha. Tapi nasib baik masa kt Vincci tu beli kasut, selamat lah...heheh.

Sekian...........


Sunday 8 April 2012

Nor Shuaidda: Vegeta Manufacturing gathering

Nor Shuaidda: Vegeta Manufacturing gathering: Assalammualaikum....Hai Darl. Malam ni tangan serta otak seperti sangat rajin berfungsi, maka dikesempatan ini saya nak cerita tentang cer...

MOOD ; SEDIH?? KECEWA?? MARAH???

Assalammualaikum....Hai Darl.

Sekarang ni tengah feeling macam macam mood. Tapi semua tu mood yang negative je..hurmmm. Aku nak cerita tapi tak tau mana nak mula dulu. Banyak sangat kan sampai tak tau nak cerita yang ni dulu ke atau nak cerita yang tu dulu...again..hurmmmm.

Before that, actually today i plan with my ofismate to go enjoy at Genting Highland, but last day we find out that there will be a ABPBH la plak...cnfm la crowd sesak, so we cancel all the plan and postpone to other date..

Sambung balik cerita aku. Dah hari ni xde plan apa apa dan malas nak keluar (malas nak keluar sebab awal awal bulan poket dah nipis, tempohari balik kg naik flight...also got story on this, wait yaa). Kalau dah terperuk dalam rumah apa lagi kalo tak layan facebook dan blogs. Lepas buka satu satu page, terbukak la page yang satu ni, tengok je muka dia terus macam macam tafsiran keluar. Mula la ada prasangka bukan bukan kat dia. Biasa la, i jelos u....

Page yang aku bukak tu, page budak perempuan. Dia baik dengan boy (sebab bukan dalam mood syg, so xgna enhubby) aku. Diorang ni blaja sama sama pastu slalu la keluar lepak sama sama. Dah memang kamcing gila la, bagi diorang lah. Well, aku ni perempuan, perasaan iri hati, syak wasangka, serta prasangka sentiasa ada. Lagi lagi bila diorang berhubung tanpa pengetahuan aku. memang la hak priveC diorang nak keluar sama sama ka, nak text sama sama ka, nak colling sama sama ka...tapi aku jelosssssssssss...................

Bagi aku, bila perempuan baik dengan lelaki tipu la kalau tak ada perasaan. Dan tak mustahil jugak kalau suatu hari nanti akan timbul perasaan yang tak sepatutnya wujud. Dan aku pun tak berapa nak suka sangat bila boy aku tu show his caringness towards dis girl. Dengki wooooaaa...
Bila tahu dia layan orang tu punya la baik serta lemah lembut serta penuh hemah, aku akan mula rasa tak sedap hati. Dan prasangka buruk akan mula menyelubungi pikiran yang dah sedia kusut masai nih. Bila aku usulkan tentang perasaan negative aku ni kat dia, ada saja jawapan yang dia akan balas.
Dia plak suka persoalkan keraguan aku pada dia. Dia kata kenapa sampai sekarang masih nak ragu ragu tentang perasaan dia. Kenapa susah sangat nak percayakan dia...

Well dude, its all bout feeling. People feeling are very flexsible lah. Its can change anytime dude. As long as we dont have any confirm bond between us, there still wont be any guarantee that you are mine!!  So, it a normal thing when i have doubt toward you. Sometime.. dont you think that im so love you when i started to get jealous each time you get close to other girls?? mean that i really want you to be mine...alwaysss

k lah....mood dah bertambah sedih plak....huhuuhuhu

Saturday 7 April 2012

Vegeta Manufacturing gathering

Assalammualaikum....Hai Darl.

Malam ni tangan serta otak seperti sangat rajin berfungsi, maka dikesempatan ini saya nak cerita tentang cerita yang dah berkurun tersimpan dalam laptop ni...huhu. Sebenarnya ni baru je lepas dok tengok tengok gambar masa company aku wt dinner tempoh hari (tempoh hari saya ini bermaksud 3 4 bulan yang lalu okeiii). Untuk pengetahuan umum aku sekarang ni sedang bekerje di sebuah kilang pemprosesan jus minuman. FYI, aku bukan minah kilang ye.... (tapi, asal ckp je keje kt kilang, org terus set kt otak,,,ooooww minah kilang je...hampeh siotttt). Aku kerje under Quality Control Department. Tapi secara tak langsung, kadang kadang tu terlibat gak la dengan production, yang kebanyakan nya diterajui oleh mamat mamat myanmar serta nepal....adeiiii (seriusly i ckp u, sorng pn xde yg ensem...).

Aku tahu, sesetengah dari mereka yang bekerje di bahagian atas (tapi bukan orang atasan), pandang kami orang production ni macam minah kilang. Kadang kadang tu rasa nak je aku tampal sticker kt dahi ni maklumkan yang kami ni pun ada ijazah laaa. Pandang kami cam orang bawahan je...EXCUSE ME GUYSSSSS.......emo plak dah...hehe. Tapi so far, aku rasa they ols da tau kot kami ni sapa...hehe.

Back to story, kalo xsilap bulan December lepas bos aku a.k.a Lee Hoy Sun, telah mengadakan annual dinner untuk para pekerje dia. Dinner tu bertempat di hotel.......alamak!! Dah tak ingat apa nama hotel tersebut. Bapak teruk gila memori minah nh..haihhh. Bia lah apa nama hotel tu, benda dah lepas, yang penting ada gambar...huhu


                                                    1st pic yg keluar, tp ni makanan yg last..huhu

 Gambar ni plak diambil masa kt depan lobby hotel. Asal nya, 3 orang je..tapi last boleh bertukar jadi ramai plak...well, dats normal rite...hehe



 Lady yang in blue tu ialah wife kepada bos aku a.k.a Ms Jenny



Haaaa...Tu dia, rasa nya korang pun dah boleh agak yang mana satu bos aku...hahah

Gambar ni pun diambil sewaktu semuanya sudah mau pulang. Gambar kenangan, cam bahagia jee...Bahagia kah??? tettteteeeettt

Sebenarnya ada cerita best yang aku nak kongsi dengan korang. Dinner tempoh hari, kami ada lucky draw. Semua kakitangan company akan dapat hadiah, yang bezanya best atau tak best je...huhu. Kebanyakan hadiah adalah berupa barangan elektrik. Macam macam lah, antaranya iron, fan, tv LCD, water heater, Juice extractor, Coffee blend, DVD player, rice cooker,radio dan yang paling best ada Oven..yuhuuuu.

Dipendekkan cerita, hari tu aku berharap sangat sangat yang aku bertuah supaya aku boleh miliki Oven yang tak seberapa mahal tu..hehe. Walaupun oven tu murah je, tapi nak tunggu aku guna duit sendiri untuk beli memang tak lah.. Dan, Allhamdullillah....Aku dapat Oven...yeayyyy!!!! Semua orang pun tahu kot aku nak sangat sangat oven tu. Last2 dapat gak...memang rasa seronok sangat2. Ttb rasa, waaaahhhh im so lucky on that day. Xde la sueyy sangat..hahaha

Dah dapat oven tu, macam macam la makanan yang telah terhasil. Maklumla orang dapat oven baru, so kemaruk 'baking' masih tersangat lah tinggi. Dan sekarang, dah slow down sikit..hehe. (next time ill show u ols what i've baked okeii).

I GOT DAT...YEAYYY

This is my QA a.k.a Ms Low Pooi Fun

The foods. I love Food and i love to eat. Got much more yummylicious foods.

Lepas ambik, ambik lagi, lagi ambik dan ambik lagi sekali..muahhahahha

Girl in blue tu anak bos aku (sorry, forgot ur name..hehe) kt tengah syuhada aka ofismate aku.

no word

Makan dah, gambar pun dah, hadiah pun dah dapat...then ape lagi, balik lah...huhu
Thats olssss for this time. Byee.............

Wednesday 4 April 2012

Super Fast Lunch

Assalammualaikum....Hai Darl.

Hari ni mood sangat sangat baik (biapun semalam baru je lepas merajuk dengan enhubby). Okey, sekarang ni waktu lunch aku. Kerje kat bahagian production macam aku ni waktu rehatnya tak tentu. Penah je aku disuruh rehat pukul 11 lebih. Gila awal rehat, masuk keje balik dalam pukul 3 4 petang macam tu perut kompem berkeroncong macam macam lagu la yang akan berkumandang... Tapi apa boleh buat, terima je lah. Dan penah jugak aku keluar lunch pukul 2 petang. Yang ni lagi lah, super duper lewat tahap gaban...

Entry ni aku tak mau nak mlalut panjang panjang sangat. Aku nak terus terang je lah, tujuan utama entry ni dihasilkan adalah untuk show off!!!! hehehe...makaihhhh, berlagak kan... huhu
Oleh kerana rumah aku tersangat la dekat dengan tempat kerje, jadi tiap kali lunch aku mesti balik rumah, kadang kadang tu ada la keluar makan dengan ofismate, tapi tak selalu lah...

Selalunya makan tengahari aku tapau, tapi kalau aku rajin bangn pagi pagi, sebelum pi kerje aku masak masak la dulu.. masak yang simple simple aje. Tadi masa nak balik tetiba rasa nak makan udang plak. On the way balik rumah, singgah kedai jap cari bahan bahan untuk masak udang lah...heheh

Sampai je rumah aku terus masak, korang bayangkan dalam masa tak sampai 10min je....

 Tadaaaaa.............Udang yang aku masak. Tapi sorry, xde nama untuk masakan ni...hahahaha



 Kebetulan kat dalam peti ada petai, so aku buh la petai sekali, nampak cam udang petai masak merah kt. Tak pun udang petai masak cili, tak pun udang masak cili dengan petai...ahhhh...ape ape je lah. hehehe

 Hebat tak saya, dalam masa 10min je leh siapkan satu hidangan. Dan untuk pengetahua umum, saya tak pandai masak..hehe. Main masuk masuk je, kalau nak saya masak lagi sekali masakan yang sama, kompen tak ada rasa sama...hehehe


K lah, dah habis Show offf dah....
Babaiiiiii.....

Monday 2 April 2012

Short visit to Island

Assalamualaikum....Hai Darl.

Last weekend, aku pi Pulau Pinang. Pi sana sebab kawan baik aku dari Sarawak datang semenanjung. Nama dia Norizah Hossen, dia ni kawan aku masa kt USM dulu. Kami memang ngam sangat sangat lah, semua hal kami boleh masuk (maksud aku kami sekepala la, jarang sangat aku berbahas dengan dia, ye lah semua hal boleh dikatakan kami memang sependapat). Sempena dengan tu kami pun buat la ala-ala mini reunion budak-budak FoodTech USM 2006/2010. Ikutkan hati aku macm malas je nak pi sana, almaklumla pertemuan tu diadakan hujung bulan (poket tengh npis...hehe). Disebabkan tak mau hampa kan dia, lagi pun lepas ni nanti kompem susah nak jumpa lagi, ku gagahi jua pi Pulau Pinang semata mata untuk tak menghampakan dia. Baik kan kawan macam aku nih..ekekkkeke. Dan yang terbaiknya aku siap apply cuti dengan Bos aku lagi....waaaaahhhh sangat bersungguh untuk bertemu kawan baik...kan kan kann...

Ni la kawan aku Norizah aka Izah tu. Gambar ni diambil ketika kami berada di USM cawangan Nibong Tebal. Suka sangat gambar ni, sweet sangat...huuhu



Asalnya aku janji dengan kawan yang sorang lagi, bajet nak drive pi sana, tapi minah tu palak cancel last minute, alang-alang dah dapat cuti, terus beli tiket bus pi Penang...huhu
Yang lawak nya time tu aku gaduh dengan enhubby, dengan muka tak malu aku msg minta tolong dia hantarkan kt stesn bus..hehe. Tak malu betul minah nh, dah marah marah orang pastu wat muka seposen mintak tolong...hishhh. Lantak lah, dah keadaan terdesak masa tu...

 Tungu enhubby datang tolong hanta kan kt stesen bus Shah Alam. Time ni kalo tau jalan kompem aku pi sendiri ja...hehehe


Hari tu enhubby kerje half day, so terpaksa la menunggu beliau balik rumah, salin baju uniform dia dulu, dekat 30min jgk lah aku menunggu ketibaan dia. Sebab nak mintak tolong dari dia, 2 jam tunggu pun aku terpaksa redha....sayang punya pasal kan...





Time ni duk pikir, nak tunggu dia kt dalam kereta ke atau nak keluar pusing pusing kt Ole-ole dulu?? ( Lupa nak cakap, rumah sewa enhubby aku terletak di kawasan perumahan berhampiran dengan pasaraya Ole-ole. ) Dah lama sangat tunggu kt dalam kereta akhirnya aku pun keluar tunggu kt luar plak..hoho



Haaa... ni la dia kami yang join ala-ala reunion mini tu...Aku tahu budak Izah mesti rasa kecewa sebab ada la 3 4 orang lagi batch kami jugak yang tidak mononjolkan diri di perjumpaan tersebut. Aku pun tak faham mengapa kejadian sebegitu rupa boleh berlaku...ahhhh lantak lah, yang penting hari tu kami happy...yeayyy

Tak banyak aktiviti yang kami sempat lakukan. Masa singkat sangat la, laju je masa tu berdetik memang tak puas hati. Sampai je sana malam tu terus pi Night Market kt Batu Fringgi. Sampai sana pun dah lewat, kedai pun dah banyak yang nak tutup...so, pusing pusing je la. Tak sempat nak beli apa-apa pun.
Kemudian esok nya pi piknik kt Miami Beach. Pantai ni bukan kt negeri omputih sana tu, pantai Miami ni terletak di kawasan menuju ke Batu Fringgi. Sorry la tak ada gambar plak, pantai kt situ ok la sangat sesuai untuk santai santai atau lepak lepak sambil berkelah, tapi sangat tak sesuai untuk mandi manda, sebab ombak kt situ agak kuat jugak lah...
Lepas dah kenyang makan makan kt situ, kami pun pi Queenbay Mall. Gambar tu di ambil semasa kami melalak di pusat Karoake Neway...hahahah....

Tentang Neway....ada cerita yang mesti aku ceritakan, tapi bukan sekarang...huhuhu

Okey, itu dulu untuk kali ni, sambung lagi next time...